Pengambilan jawatan kosong di UiTM April 2022: Tarikh tutup permohonan 29 April 2022

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEGAWAI EKSEKUTIF – GRED 29

  • Taraf Jawatan: Pekerja Sambilan
  • Tempoh: 1 Tahun
  • Penempatan: Fakulti Sains Kesihatan, UiTM.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Kelayakan akademik sila dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Bidang Tugas

  • Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di Unit Pasca Siswazah, Bahagian Hal Ehwal Akademik berjalan lancar serta memberikan perkhidmatan pengurusan pentadbiran pejabat dan majlis rasmi;
  • Memastikan semua keperluan rasmi dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA.

Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen (disahkan) berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir Pemohon;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
  • Salinan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Salinan Skrol dan Transkrip Sijil / Diploma;
  • Surat Pengesahan Majikan (jika ada);
  • Dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan jawatan berkenaan.

 

Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dimohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 29 APRIL 2022, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI dan borang permohonan jawatan boleh dimuat turun di PAUTAN INI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pada ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong…
Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…