Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
PEGAWAI EKSEKUTIF – GRED 29
- Taraf Jawatan: Pekerja Sambilan
- Tempoh: 1 Tahun
- Penempatan: Fakulti Sains Kesihatan, UiTM.
Syarat-syarat Kelayakan
- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Berumur dalam lingkungan tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
- Kelayakan akademik sila dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bidang Tugas
- Bertanggungjawab untuk memastikan urusan harian di Unit Pasca Siswazah, Bahagian Hal Ehwal Akademik berjalan lancar serta memberikan perkhidmatan pengurusan pentadbiran pejabat dan majlis rasmi;
- Memastikan semua keperluan rasmi dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Teknologi MARA.
Borang yang lengkap kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen (disahkan) berikut:
- Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir Pemohon;
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah;
- Salinan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
- Salinan Skrol dan Transkrip Sijil / Diploma;
- Surat Pengesahan Majikan (jika ada);
- Dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan jawatan berkenaan.
Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dimohon di penjuru atas sebelah kiri sampul surat permohonan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 29 APRIL 2022, JUMAAT.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI dan borang permohonan jawatan boleh dimuat turun di PAUTAN INI.