Pengambilan jawatan kosong Gred N41 di Lembaga Kerajaan Negeri: Gaji RM2,080 hingga RM9,546

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWNT) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan

PEGAWAI PENGURUSAN PENTADBIRAN – GRED N41

  • Taraf Jawatan : Kontrak
  • Klasifikasi : Pengurusan Pentadbiran
  • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
  • Jadual Gaji : RM2,080 – RM9,546

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan LTAWNT secara lengkap dan dilampirkan bersama butiran diri (Resume) yang lengkap dengan menyatakan kelayakan akademik, pengalaman bekerja serta salinan-salinan sijil yang telah disahkan bersama- sama sekeping gambar terbaru bersaiz pasport.

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:

Setiausaha
Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu
No. 60, 61 & 62, Paya Keladi, Jalan Banggol,
20100 Kuala Terengganu.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 28 FEBRUARI 2023, SELASA.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan sila rujuk DI SINI dan borang permohonan boleh didapati DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Hari Ini (16 Februari 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar Hari Ini (16 Februari 2025): Ini Senarai Penuh Penerima

Pendidikan adalah kunci kepada pembangunan individu dan kemajuan sesebuah negara. Ia bukan sekadar proses pembelajaran dalam bilik darjah, tetapi melibatkan…
Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Bantuan Kewangan RM150 kepada semua rakyat Malaysia tanpa had pendapatan: Ini tarikh bayaran

Musim persekolahan baharu semakin menghampiri, dan ibu bapa pastinya sibuk membuat persiapan bagi memastikan anak-anak memulakan sesi persekolahan dengan lancar.…
Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ~ Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…