Jawatan Kosong Institut Kerajaan

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 – RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Institut Kerajaan – IDFR

  1. PEGAWAI PENYELIDIK GRED 9
    • Taraf Jawatan : Kontrak Perkhidmatan (COS)
    • Penempatan : Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri, Kuala Lumpur
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
    • Jadual Gaji : RM2,250 – RM11,110
  2. PEGAWAI BAHASA (INGGERIS) GRED 9
    • Taraf Jawatan : Kontrak Perkhidmatan (COS)
    • Penempatan : Institut Diplomasi Dan Hubungan Luar Negeri, Kuala Lumpur
    • Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan Dan Profesional
    • Jadual Gaji : RM2,250 – RM11,110

Syarat-Syarat Kelayakan

PEGAWAI PENYELIDIK GRED 9

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari dua puluh dua (22) tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Syarat Bahasa Melayu – memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office dan perisian lain yang biasa digunakan untuk penyelidikan;
  • Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan Malaysian University English Test (MUET) Band 4 dan ke atas; dan
  • Calon fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.

 

PEGAWAI BAHASA (INGGERIS) GRED 9

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari dua puluh dua (22) tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Syarat Bahasa Melayu – memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mempunyai kemahiran menggunakan perisian Microsoft Office dan perisian lain yang biasa digunakan untuk proses pengajaran dan pembelajaran;
  • Keutamaan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai kelulusan Malaysian University English Test (MUET) Band 4 dan ke atas; dan
  • Calon fasih bertutur dan menulis dalam Bahasa Inggeris.

Bidang Tugas

PEGAWAI PENYELIDIK GRED 9

Bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan (R&D), memberi perkhidmatan kepakaran, latihan, khidmat perundangan dan penerbitan artikel dalam bidang yang berkaitan.

PEGAWAI BAHASA (INGGERIS) GRED 9

Bertanggungjawab memberi syarahan, tutorial, menjalankan penyelidikan dan menghasilkan penerbitan, menyelia projek tesis, mengurus kerja-kerja amali, tutorial, menyediakan nota-nota kuliah/ manual makmal, mengendalikan urusan peperiksaan, mengawasi kerja-kerja latihan praktik pelajar, membantu menyemak / menyediakan kurikulum / silibus melibatkan diri dalam kerja-kerja penyelidikan dan menjalankan usaha-usaha pembangunan pelajar.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan menghantar permohonan ke alamat e-mel [email protected] dengan tajuk jawatan yang dimohon ““Pegawai Penyelidik Gred 9 / Pegawai Bahasa (Inggeris) Gred 9”.

Dokumen-dokumen yang perlu dihantar adalah seperti berikut:

  • Resume lengkap berserta gambar berukuran pasport;
  • Salinan kad pengenalan;
  • Salinan sijil kelahiran;
  • Salinan sijil berhenti sekolah;
  • Salinan sijil kelulusan akademik;
  • Salinan transkrip akademik; dan
  • Salinan sijil lain yang berkaitan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 19 MEI 2025.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…