Pada ketika ini, Jabatan Penerangan Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Penerangan Malaysia
ARTIS BUDAYA GRED B1
- Taraf Jawatan: Contract Of Service
- Gaji: RM1,500 – RM4,680
- Penempatan: Sarawak
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
- Mempunyai bakat, kebolehan dan daya kreativiti yang telah terbukti dan diakui mutunya dalam bidang kebudayaan serta berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); ataU
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,500.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,561.00); atau
- SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred B1: RM1,622.00).
- Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM/SVM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Kriteria Kelayakan
- Berbakat dalam nyanyian, tarian, mengacara serta lakonan atau salah satu;
- Warganegara Malaysia berumur 18 hingga 28 tahun;
- Kepujian dalam Bahasa Malaysia di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
- Boleh berkomunikasi Bahasa Melayu dan Inggeris;
- Boleh bertugas di luar waktu kerja dan kawasan;
- Kreatif dan berpengetahuan luas.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di pauta yang disediakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan dan ia hendaklah sahih serta benar. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Sejarah jabatan ini bermula dengan tertubuhnya The Malayan Information Agency pada tahun 1910 oleh The Government of the Federated Malay States yang beroperasi di Malaya House, Trafalgar Square, London. Tujuan utama penubuhan agensi ini ialah menjalankan fungsi sebagai Trade Commissionership for Malaya untuk menarik minat dan menyediakan maklumat berkaitan perdagangan dan eksport Malaya.
Pada 24 September 1945, Department of Publicity and Printing pula telah ditubuhkan di Kuala Lumpur dengan diketuai oleh Major Walker. Pada tahun 1945 sama, pusat-pusat penerangan telah ditubuhkan di bandar-bandar utama di seluruh negara sebagai tempat orang ramai berkunjung untuk membaca buku, mendengar radio dan melihat gambar-gambar yang dipamerkan mengenai peristiwa-peristiwa di dalam dan luar negara.
Antaranya ialah Pusat Penerangan di Java Street, Kuala Lumpur yang ditubuhkan pada 20 Oktober 1945. Berdasarkan Laporan Department of Public Relations, Federation of Malaya beroperasi di Oriental Building, Mountbatten Road, Kuala Lumpur dan Director of Public Relations ialah J.N. McHugh pada Januari 1949.
Antara perkhidmatan publisiti yang disediakan oleh Department of Public Relations ialah Press Publicity, Public Relations Publications (Pamphlets and booklets produce for Governments etc). Mobile Public Address Units, Publicity campaigns and other publicity media. Pegawai Perhubungan Awam (Malay States & Settlement Public Relations Officers) juga ditempatkan negeri-negeri Tanah Melayu.
Jabatan Penerangan kemudiannya menjadi nama yang diguna pakai pada tahun 1950 menggantikan Department of Public Relations selaras dengan fungsinya sebagai lidah rasmi kerajaan untuk menerangkan kepada rakyat mengenai falsafah, dasar, dan wawasan negara.