RELA

Pengambilan Jawatan Kosong Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA): Ambilan November 2024

Pada ketika ini, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)

PENOLONG JURUTERA (JA29)

  • Jenis Jawatan: Personel MySTEP
  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,500 – RM1,999

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun;
  • Mempunyai Diploma dalam bidang Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Memiliki lesen memandu kelas D;
  • Boleh menggunakan perisian sketchup dan autocad.

Bidang Tugas

  • Membantu memeriksa dan mengenalpasti kerosakan pejabat dan peralatan;
  • Membantu dalam membuat permohonan tahunan kerja pembaikan pejabat;
  • Membantu membuat anggaran kos ubahsuai dan skop kerja;
  • Membantu penyediaan sebut harga dan tender;
  • Membantu menyemak sebut harga dan dokumentasi yang dikemukakan oleh kontraktor;
  • Membantu memantau kerja-kerja pembaikan pejabat oleh pihak kontraktor.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs dengan membuat pendaftaran di portal berkenaan.

Calon hendaklah memohon jawatan selaras dengan syarat-syarat yang ditetapkan. Segala maklumat juga perlu benar, sahih dan tepat.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 22 NOVEMBER 2024.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) adalah sebuah pertubuhan yang bercorak kesukarelawanan untuk membantu pasukan keselamatan dalam gerakan menentang musuh-musuh negara dari dalam dan luar negeri. RELA telah ditubuhkan pada 3 Julai 1972 di bawah ‘Peraturan-peraturan Perlu (Ikatan Relawan Rakyat) 1966, yang dibuat di bawah ‘Akta Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) 1964’.

Asas kewujudan RELA bermula sejak tahun 1948, apabila Pertubuhan Kawalan Kampung atau “Home Guard” dibentuk semasa darurat pertama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu. Pembentukan Home Guard adalah dibawah Ordinan Darurat 1948 dan diletakkan di bawah bidang kuasa Home Guard Regulations 1950 dan 1951.

Pada 25 Jun 2012, Akta Pasukan Sukarelawan Malaysia 2012 Akta 752 telah diwartakan sebagai punca kuasa RELA berkuatkuasa pada 22 Jun 2012. Nama Ikatan Relawan Rakyat Malaysia juga telah ditukar kepada Pasukan Sukarelawan Malaysia selaras dengan akta tersebut. Pada 28 Ogos 2013, RELA telah dinaiktaraf menjadi sebuah Jabatan Persekutuan dan dikenali sebagai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).

Semenjak ianya dinaiktaraf sebagai sebuah Jabatan Persekutuan pada 28 Ogos 2013, RELA kini sedang melalui arus transformasi ke arah sebuah Jabatan yang unggul dan perkasa apabila peranannya tidak lagi hanya dilihat tertumpu kepada situasi darurat atau bidang keselamatan semata-mata, malah menjurus kepada situasi dan kehendak semasa yang meliputi keselamatan, keamanan, kesejahteraan, keharmonian, kesatuan dan perpaduan negara.

Keanggotaan RELA adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas, tidak menganggotai mana-mana pasukan sukarelawan yang lain, sihat tubuh badan dan tiada rekod jenayah.

Semua anggota RELA berpeluang mengikuti Kursus Pengenalan selama dua (2) hari yang dianjurkan oleh Pejabat RELA Daerah. Kursus ini akan mendedahkan seseorang anggota RELA itu tentang tugas dan tanggungjawab RELA masa kini. Anggota-anggota RELA boleh memohon untuk mengikuti kursus-kursus lanjutan di mana-mana Pusat Latihan RELA seluruh Malaysia.

RELA juga menyediakan pelbagai kursus kepada anggota –anggota RELA bagi mempersiapkan anggota dengan pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak jabatan. Sila rujuk di Pejabat RELA Daerah berhampiran bagi mengetahui kursus-kursus RELA yang terkini. Semua kursus ini adalah percuma kepada anggota RELA.

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Senarai Penuh Penerima RM100 Dalam MyKad Setiap Bulan Tahun Ini (2025): Cara Semak Bantuan SARA

Golongan B40 atau 40% isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia. Dalam konteks ekonomi negara, mereka adalah kumpulan yang paling terkesan…
Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…