Pada ketika ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN)
PEREKA GRAFIK DAN MULTIMEDIA
- Jenis Jawatan: MySTEP Gred 29
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Gaji: RM1,900/sebulan
- Manfaat: Caruman KWSP, Caruman PERKESO, Cuti Sakit, Cuti Rehat
Syarat-Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Diploma dalam bidang Grafik/Multimedia yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
- Kemahiran menggunakan perisian (Adobe InDesign/Photoshop/Ilustrator/PremierePro/lain-lain perisian yang berkaitan);
- Kemahiran mereka bentuk poster;
- Mempunyai kemahiran tambahan dalam bidang Fotografi (JuruFoto).
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan.
Calon hendaklah memohon jawatan selaras dengan kelayakan yang telah ditetapkan. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan untuk sesi temu duga.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Tarikh tutup permohonan pada 05 JANUARI 2025.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.
Maklumat Tambahan
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup telah ditubuhkan pada 27 Oktober 1990. Matlamat utama penubuhan Kementerian ini adalah bagi menggalakkan pembangunan perdagangan dalam negeri yang berdaya maju, berdaya saing, dan berdaya mampan, khususnya di dalam sektor perdagangan pengedaran.
Sektor perdagangan pengedaran adalah antara penyumbang utama KDNK negara dan ia bertindak sebagai benteng kestabilan ekonomi, terutama semasa situasi ekonomi luaran berada di dalam keadaan ketidak tentuan. Perdagangan pengedaran perlu kukuh bagi menampan sebarang ketidakstabilan dalam ekonomi negara.
Dalam masa yang sama, Kementerian juga komited dalam melindungi kepentingan dan hak-hak pengguna. Ini termasuk membangunkan ekosistem pengguna dan peniaga yang bersifat melengkapi dan ke arah self-regulated, seiring dengan aspirasi ke arah masyarakat negara maju. Ia diharapkan akan melahirkan pengguna dan peniaga yang matang dan beretika dalam berurusniaga, dan hasilnya adalah negara yang seimbang dari segi ekonomi dan sosial.
Bidang tugas kementerian adalah seperti berikut:
- Membangunkan peluang perniagaan dan kedudukan sosio-ekonomi rakyat melalui profil pemborongan dan peruncitan, francais, jualan langsung, dan sektor hiliran petroleum;
- Menentukan dan memantau harga barang-barang perlu;
- Mengawalselia penjualan dan pengedaran barang-barang perlu, barangan petroleum dan petrokimia, dan urusniaga jualan langsung;
- Melaksanakan peraturan timbang dan sukat;
- Menyelaras perkara mengenai perbadanan, syarikat dan perniagaan mengikut akta berkaitan;
- Menggalakkan amalan tadbir urus korporat yang baik;
- Mentadbir dan membangunkan Sistem Perlindungan Harta Intelek;
- Melaksanakan program pendidikan pengguna;
- Memperkukuhkan program kesedaran pengguna dan perlindungan pengguna;
- Menggalakkan dan membantu gerakan kepenggunaan.
Dalam masa sama, KPDN sedang mengorak langkah ke arah menjadi Kementerian Premier Negara berpandukan oleh visinya iaitu:
- Perdagangan dalam negeri yang progresif, mampan;
- Pendayaupayaan pengguna; dan
- Kos sara hidup yang stabil
Misinya pula adalah:
- Mengukuhkan perdagangan dalam negeri melalui penciptaan nilai dan pendigitalan;
- Membudayakan pengguna yang rasional bagi meningkatkan kualiti hidup;
- Memastikan kebolehcapaian bekalan barang pada harga yang berpatutan; dan
- Memperkukuh tadbir urus dan mengadaptasi teknologi ke arah organisasi cemerlang.