Pada ketika ini, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan Kosong Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS)
PEMBANTU KHIDMAT AM GRED H1
- Taraf Jawatan : Kontrak
- Klasifikasi : Kemahiran
- Kumpulan : Pelaksana
- Jadual Gaji : RM1,500 – RM4,680
Syarat – Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
- Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,500.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,561.00); atau
- Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred H1: RM1,622.00); dan
- Syarat Lantikan Bagi Keperluan Khas (Pemanduan/ Pengendalian Kren/Pengendalian Dandang/Tugasan Menyelamat):
- Memiliki lesen memandu Kelas B2/B/DA/D/E2/E1/E/F/G/H/I yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali Lesen Memandu Percubaan (P)] dan berkebolehan memandu, mengendali dan menyenggara kenderaan berkenaan yang diliputi oleh tugasan berkenaan.
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Bidang Tugas
Tugas utama ialah bertanggungjawab melaksanakan skop tugas pemanduan kenderaan yang diarahkan serta menjaga kenderaan di bawah kelolaannya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat untuk setiap perjalanan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS secara lengkap dan dilampirkan bersama dokumen-dokumen berikut:
- Resume lengkap dan senarai tugas terkini (jika bekerja);
- Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
- Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM dan Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
- Sijil/Diploma/Ijazah yang dianugerahkan;
- Cetakan perincian kelayakan dan bidang program pengajian (semakan boleh dibuat di sesawang Badan Pengiktirafan Kelayakan (MQA) / (MQR).
Salinan sijil-sijil penghargaan/penyertaan kegiatan luar atau ko-kurikulum tidak perlu disertakan semasa permohonan. Pemohon hanya perlu mengemukakan sijil-sijil berkenaan apabila telah disenarai pendek untuk menghadiri sesi temu duga.
Permohonan kemudiannya perlu dihantar ke alamat berikut:
Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor
Calon hendaklah memohon jawatan selaras dengan kelayakan yang telah ditetapkan. Hanya calon-calon yang melepasi tapisan dan disenarai pendek untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan sama ada melalui telefon, emel atau surat panggilan temu duga.
Jika tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap tidak berjaya.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Tarikh tutup permohonan pada 27 DISEMBER 2024.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan jawatan-jawatan kosong ini boleh dirujuk – DI SINI.