Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Malaya (UM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
PEMBANTU TADBIR – GRED N19
- Jabatan: Bahagian Pengayaan Global dan Mobiliti (GEM)
- Kategori: Bukan Akademik
- Gaji: RM1,352 – RM4,003
Syarat-syarat Kelayakan
- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Bidang Tugas
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas perkeranian dan operasi di peringkat Kumpulan Pelaksana yang merangkumi aspek perkeranian dan operasi (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, tugas-tugas pentadbiran am, pengurusan akademik, pelajar, penyelidikan, sumber manusia, kolej kediaman, pembangunan dan infrastruktur).
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dilaksanakan secara atas talian (online) di UM Career Portal.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 01 SEPTEMBER 2022, KHAMIS.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk DI SINI.