mpc

Pengambilan jawatan kosong Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC): Senarai jawatan ditawarkan

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)

PENOLONG PENGURUS GRED E41

  • Taraf Jawatan: Kontrak
  • Manfaat-mnafaat:
    • Sumbangan dalam KWSP & PERKESO
    • Ganjaran Perubatan dan Klinik Panel
    • Kenaikan Gaji Tahunan
    • Penyimpanan Cuti Rehat Tahunan

PENOLONG PENGURUS GRED E41 (MYSTEP)

  • Manfaat:
    • Cuti Rehat 12 hari
    • Cuti Sakit 14 hari
    • Sumbangan dalam KWSP & PERKESO

Syarat-syarat Kelayakan

PENOLONG PENGURUS GRED E41

  • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setarf dengannya.
  • Calon yang mempunyai pengajian akademik dalam bidang berikut akan diberi keutamaan: Polisi Awam; Statistik; Ekonomi; Komputer Sains/Kejuruteraan Perisian; Kejuruteraan; Produktiviti dan Kualiti; Big Data Analisis/AI; Perakaunan; Undang-undang.
  • Sekurang-kurangnya gred C dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Gred B dalam Subjek Bahasa Inggeris
  • Minimum Band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET)
  • Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda
  • Minimum CGPA 3.00 keatas
  • BMI normal (18.5 – 24.9)

 

PENOLONG PENGURUS GRED E41 (MYSTEP)

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Minimum Band 3 dalam Malaysia University English Test (MUET);
  • BMI normal (18.5 – 24.9);
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Ijazah sarjana muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Berdisiplin dan boleh melaksanakan tugas dengan arahan yang minimum.
  • Calon yang mempunyai pengajian akademik dalam bidang berikut akan diberi keutamaan: Komputer Sains/Kejuruteraan Perisian/ Big Data Analisis/AI/IT / Programming.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Portal MPC.  Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) adalah badan berkanun di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). MPC bertanggungjawab melonjakkan produktiviti secara holistik di peringkat nasional, sektoral dan juga perusahaan berpandukan 3 teras strategi yang terdiri daripada memudahkan urusan perniagaan, penerimagunaan teknologi dan bakat masa hadapan. MPC bekerjasama dengan sektor awam dan swasta untuk memacu produktiviti bagi meningkatkan daya saing negara ke arah kesejahteraan dan kemakmuran.

MPC memacu produktiviti negara secara holistik di peringkat nasional, sektor dan perusahaan melalui tiga teras utama: membangunkan bakat masa depan, memacu pendigitalan dan inovasi, dan membina ekosistem yang teguh. Ia bekerjasama secara strategik dengan sektor swasta dan awam dengan menekankan produktiviti sebagai agenda utama untuk meningkatkan pertumbuhan produktiviti dan daya saing negara, akhirnya membawa kepada kesejahteraan dan kemakmuran bersama.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…