Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
POLIS BANTUAN (KP10G12)
- Bidang tugas:
- Membuat kawalan di Depoh;
- Menjaga keselamatan orang ramai di stesen dan platform;
- Membuat rondaan berjalan kaki dan kenderaan jabatan di sepanjang landasan;
- Membuat rondaan di dalam tren (On Board);
- Memantau kawalan 24 jam melalui CCTV;
- Mengiringi VVIP;
- Kawalan Penghantaran Wang (CIT).
Syarat-syarat Kelayakan
- Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem KTMB e-Recruitment.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.