Pada ketika ini, RISDA Estates Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:
Maklumat Jawatan Kosong RISDA Estates Sdn Bhd
- PENGURUS LADANG RISDA (PG4)
- Tangga Gaji: RM2,931 – RM8,334
- JURUTEKNIK AWAM/ELEKTRIK (TG3)
- Tangga Gaji: RM1,700 – RM3,419
Syarat-Syarat Kelayakan
PENGURUS LADANG RISDA (PG4)
- Memiliki Ijazah dalam bidang Pengurusan Ladang Pertanian Perniagaan Tani yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Mempunyai pengalaman bekerja selama 3 tahun dalam bidang yang berkaitan adalah diutamakan.
- Terbuka kepada Penolong Pengurus Ladang.
JURUTEKNIK AWAM/ELEKTRIK (TG3)
- Memiliki sekurang-kurangnya Diploma dalam Kejuruteraan Awam / Elektrik yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi- institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya.
- Mempunyai pengalaman kerja selama 2 tahun dalam kerja-kerja Kejuruteraan Awam / Elektrik, penyelenggaraan bangunan, dokumentasi teknikal, kerja tanah atau infrastruktur.
- Mempunyai kemahiran menggunakan peralatan ukur, perisian kejuruteraan asas (AutoCAD), boleh membaca, memahami dan melaksanakan lukisan teknikal serta spesifikasi kerja.
- Mahir dalam Pentadbiran Projek Awam / Elektrik dan Kontrak Kerja.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohon hendaklah dibuat dengan mengemukakan resume, gambar terbaru berukuran pasport, salinan sijil kelulusan dan pengalaman kerja serta sijil-sijil dan dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan ke alamat:
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF RISDA ESTATES SDN. BHD.
No. 31 Jalan Sulaiman 3 Taman Putra Sulaiman
68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan
Telefon: 03-42704021 / 03-42704022
Permohonan dibuka sehingga 08 September 2025.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.
Maklumat Tambahan
RISDA Estates adalah sebuah syarikat milik penuh Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA). RISDA Estates ditubuhkan pada 11 Julai 1981 di bawah Akta Syarikat 1965 dengan tujuan untuk mengurus tadbir ladang-ladang RISDA yang telah dibangunkan di bawah program Rancangan Tanam Baru Berkelompok (RTBB).
Untuk makluman, RISDA Estates Sdn Bhd mempunyai kepakaran dalam meguruskan ladang sawit milik RISDA. Ladang-ladang RISDA yang di uruskan oleh RISDA Estates Sdn Bhd terletak di negeri Kedah (1), Perak (5), Negeri Sembilan (6), Terengganu (8), Johor (2) dan Pahang (3).
Pada masa kini, RESB meguruskan 25 buah ladang dengan keluasan 47,501.97 hektar meliputi kawasan bertanam sawit seluas 37,304.65 hektar dan kawasan yang tidak bertanam seluas 10,197.32 hektar. Pada tahun 2025, seluas 31,101.72 hektar diisytiharkan sebagai kawasan berhasil.
RISDA Estates turut menawarkan perkhidmatan pemetaan GPS-GIS dengan mengukur serta menyediakan peta digital ladang dengan menggunakan GPS serta membina pangkalan data GIS bagi tujuan memeta infrastruktur kawasan.
Antara aktiviti lain yang dijalankan oleh syarikat ialah memberikan perkhidmatan analisan daun dan baja, perkhidmatan analisa tanah dan kajian siri tanah dan kajian siri tanah, perkhidmatan pemeriksaan ladang, penilaian dan kajian fisibiliti untuk pembukaan ladang sawit dan getah.
Turut menjadi nadi kepada syarikat adalah Akademi RISDA Estates di Ladang RISDA Ulu Slim dan Keratong. Manakala RISDA Eco Park adalah produk dan perkhidmatan terkini yang semakin popular juga di Ladang RISDA Ulu Slim.
Misi RISDA Estates adalah menguruskan semua ladang, kilang dan aset di bawah urus tadbir dengan kepakaran tenaga kerja dan sumber-sumber yang ada secara efisien, beretika dan profesional. Objektifnya pula adalah memastikan pulangan yang maksimum dan setanding norma industri kepada pemegang saham