Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
PEGAWAI BOMBA BANTUAN
- Nama Balai:
- BBP Beaufort, Sabah
- BBP Kuala Penyu, Sabah
- BBP Kimanis, Sabah
- BBP Kudat, Sabah
- BBP Kota Belud, Sabah
- BBP Ranau, Sabah
- BBP Kinabatangan, Sabah
- Elaun: RM8/sejam
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganera Malaysia;
- Bukan anggota Angkatan Tentera Malaysia atau mana-mana angkatan atau skim sukarela yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh permohonan;
- Memiliki sekurangnya Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktirafkan setaraf dengannya oleh Ketua Pengarah;
- Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti:
- Tinggi sekurang-kurangnya 1.60m bagi lelaki dan 1.54m bagi wanita tanpa bersepatu;
- Berat badan sekurang-kurangnya 49kg bagi lelaki dan 47kg bagi wanita;
- Mempunyai penglihatan yang baik;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat;
- Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh Pengamal Perubatan Berdaftar;
- Lulus ujian-ujian yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah dari semasa ke semasa;
- Calon hendaklah tinggal atau bekerja dalam linkungan 5km daripada Balai atau boleh sampai dalam masa 5 minit ke Balai.
Notis Kebenaran Daripada Kebajikan
Bagi calon yang bekerja dan ingin menyertai Pegawai Bomba Bantuan, mereka perlu mendapatkan kelulusan daripada majikan dengan mengisi Borang PBB 4 – muat turun DI SINI.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan PBB 3 yang boleh diambil daripada Balai Bomba yang terdekat atau muat turun – DI SINI.
Semua permohonan juga hendaklah disertakan bersama:
- Sekeping gambar terbaru berukuran passport;
- Notis Kebenarana daripada Majikan;
- Salinan Kad Pengenalan;
- Salinan Sijil-Sijil Persekolahan dan Kelulusan serta dokumen-dokumen berkaitan yang telah disahkan.
Borang permohonan yang lengkap kemudiannya perlu dihantar ke alamat:
IBU PEJABAT, JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI SABAH, JALAN LINTAS, LIKAS BEG BERKUNCI 30, 88990 KOTA KINABALU SABAH. (UP : BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN DAN PENYELAMAT)
Tarikh tutup permohonan pada 12 JANUARI 2022, RABU.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.