pegawai tadbir

Pengambilan jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Tadbir di IKIM: Gaji RM2,256 – RM5,994

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan IKIM

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED 29

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Taraf Jawatan: Tetap (Tempoh percubaan satu hingga maksimum tiga tahun)
  • Jadual Gaji: RM2,256 – RM5,994
  • Kenaikan gaji tahunan: RM145
  • Elaun:
    • Khas: RM160
    • Perumahan: RM300
    • Bantuan Sara Hidup: RM350

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia dan berumur tidak kurang daripada 23 tahun (kecuali kes kecemerlangan istimewa) pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau Sijil Matrikulasi KPM; atau
  • Diploma dalam bidang berkaitan terutama bidang rekabentuk grafik atau penerbitan (Publishing)/yang diiktiraf oleh IKIM daripada institusi pengajian tinggi awam atau swasta atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mempunyai pengalaman kerja tidak kurang daripada 4 tahun di dalam bidang rekaletak pruf di sektor awam atau swasta.
    Kepujian Bahasa Malaysia (sekurang-kurangnya Gred C termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Keutamaan akan diberikan kepada calon-calon yang mempunyai sahsiah diri yang baik, kemahiran komunikasi yang baik, pengalaman bekerja dan berkemahiran di dalam urusan pentadbiran pejabat dan rekaletak pruf termasuk.

Bidang Tugas

  • Membuat reka bentuk dan reka letak bahan terbitan IKIM yang berkaitan;
  • Membantu Ketua Penerbit dalam urusan sistem-sistem berkaitan buku seperti Neucanvas, E-Sentral dan Ithenticate;
  • Membantu Ketua Penerbit menguruskan pengeluaran spesifikasi bahan dan urusan borang perkhidmatan perolehan bagi buku-buku baharu dan ulang cetak;
  • Membantu Ketua Penerbit membuat penetapan harga ke atas sesuatu bahan;
  • Membantu Ketua Penerbit dalam urusan dokumentasi dan perkeranian serta kerja-kerja berkaitan pentadbiran pejabat seperti penulisan minit mesyuarat berkaitan, penulisan surat rasmi dan laporan, dan urusan-urusan melibatkan pelancaran buku;
  • Membantu Ketua Penerbit dalam urusan penilaian manuskrip kepada pihak luar yang melibatkan surat pelantikan dan dokumentasi berkaitan;
  • Membantu Ketua Penerbit memastikan kerja-kerja dilakukan oleh pereka (designer) dan pencetak luar adalah memuaskan dan menepati spesifikasi yang dikehendaki.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan surat permohonan berserta keterangan peribadi dan latar belakang kerjaya diri yang lengkap (resume/curriculum vitae) mengenai kelayakan dan pengalaman, salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon untuk dihubungi dan sekeping gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada:

Institut Kefahaman Islam Malaysia
2, Langgak Tunku, Off Jalan Tuanku Abdul Halim
50480 KUALA LUMPUR
(U.P: Unit Modal Insan (UMIN))

Dimaklumkan bahawa salinan  sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir hendaklah disahkan terlebih dahulu.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Tarikh tutup permohonan pada 15 MEI 2024 (jam 4.30 petang). 

Calon-calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil temu duga. Permohonan calon dikira gagal sekiranya tidak menerima sebarang maklum balas daripada IKIM tiga bulan dari tarikh iklan ditutup.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…