Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Maklumat & Analisis Pasaran Buruh (ILMIA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-
Maklumat Jawatan ILMIA
PEGAWAI TADBIR (PERHUBUNGAN STRATEGIK)
- Jenis Jawatan: Personel MySTEP
- Taraf Jawatan: Kontrak
- Tawaran Gaji: RM2,100
MySTEP adalah program yang menyediakan latihan dan penempatan jangka pendek di sektor awam dan juga Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan rakan strategiknya. Tempohnya adalah selama 1 hingga 12 bulan di sektor awam dan 6 hingga 12 bulan di GLC.
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- Jawatan kosong besar-besaran ditawarkan di UTeM tahun 2023: Gaji sehingga RM10,560
- 15 kekosongan jawatan dibuka di Jabatan Perkhidmatan Pembetungan: Gaji RM1,700 – RM1,900
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengemukakan resume terkini (berserta gambar berukuran pasport); Salinan Sijil-Sijil Akademik Berkaitan; Salinan Kad Pengenalan dan transkrip akademik ke alamat e-mel: [email protected] atau [email protected]
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 31 JANUARI 2023, SELASA (JAM 5 PETANG).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk DI SINI.