Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Koperasi Malaysia kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –
PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN – GRED S29
- Kumpulan: Pelaksana
- Jadual Gaji: RM1,493 – RM5,672
- Kenaikan Tahunan: RM145
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021
Baca juga:
- MAIDAM buka pengambilan pelbagai jawatan kosong terkini: Gaji RM2,078 hingga RM9,585
- Pelbagai jawatan kosong di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM): Tawaran gaji RM1,800 – RM2,000
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Permohonan kekosongan jawatan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Portal MyFutureJobs.
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan pada 22 DISEMBER 2022, KHAMIS.
Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk DI SINI.