Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Boya dan Api Sarawak (LBAS), Jabatan Laut Malaysia (Wilayah Sarawak) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) – GRED W19
- Kekosongan:
- 1 (Kuching)
- 1 (Miri)
- 1 (Bintulu)
- Taraf jawatan: Kontrak (tiada jaminan dilantik ke jawatan tetap)
- Kumpulan perkhidmatan: Sokongan
- Gaji: RM1,353 – RM4,005
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan tak lebih 50 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
- Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut;
- Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
- Kebolehan menggunakan komputer (Microsoft Office) dengan baik. Wajib menyertakan sijil-sijil komputer yang berkaitan;
- Kebolehan menulis, membaca dan bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik;
- Pengalaman dalam Perakaunan (sila sertakan sijil-sijil berkaitan).
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan (muat turun – DI SINI).
Borang yang lengkap, kemudiannya perlu dilampirkan bersama dokumen-dokumen sokongan (kelayakan dan sebagainya) dan dihantar ke alamat:
PENGARAH LAUT WILAYAH SARAWAK, JABATAN LAUT MALAYSIA WILAYAH SARAWAK, LOT 683, SEKSYEN 66, JALAN UTAMA, TANAH PUTEH, 93619 KUCHING, SARAWAK (u/p: BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN).
Permohonan itu juga perlu menggunakan sampul surat berukuran 23sm x 32sm. Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.
Manakala, bagi pemohon yang tidak dihubungi dalam tempoh masa satu bulan dari tarikh tutup iklan, maka permohonan itu dianggap tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan pada 20 JANUARI 2022, KHAMIS (12 TENGAH HARI).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.