Pengambilan jawatan kosong terkini di Jabatan Perdana Menteri: Gaji RM1,600 hingga RM2,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pejabat Pembangunan Negeri Sembilan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Kekosongan

PERSONEL MYSTEP

  • Gaji: RM1,600 – RM2,000
  • Kemudahan: Cuti Rehat, Cuti Sakit, Caruman KWSP & PERKESO

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) / Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) / Diploma atau Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;

Bidang Tugas

Melaksanakan aktiviti bancian di lapangan/perkeranian/pentadbiran.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengemukakan:

  • Resume;
  • Gambar berukuran pasport;
  • Salinan sijil-sijil akademik.

 

Ke alamat:

Pejabat Pembangunan Negeri, Negeri Sembilan, Aras 8, Menara MAINS, Jalan Taman Bunga, 70100, Seremban, Negeri Sembilan.

atau ke alamat e-mel: [email protected]

Hanya calon yang melepasi tapisan dan terpilih sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Manakala, calon yang tidak menerima sebarang maklum balas selepas 3 bulan dari tarikh iklan ditutup, hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 31 Disember 2021, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…