Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –
Maklumat Jawatan
PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM GRED S29 (WARDEN BALAI MUSOLLA)
- Taraf jawatan: Kontrak
- Jantina: Lelaki
- Kekosongan: 1
- Gaji: RM1,493 – RM5,672
- Kenaikan tahunan: RM145
Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Kelahiran Negeri Selangor, atau
- Ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Selangor, atau
- Telah bermastautin di Negeri Selangor selama lebih 15 tahun serta mendapat pengesahan daripada Penghulu Mukim yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Selangor (SPAN);
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
- Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,493.00); atau
- Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred S29: RM1,770.95).
- Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Cara Memohon
Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan – muat turun DI SINI.
Borang permohonan yang lengkap perlu dilampirkan bersama:
- Sekeping gambar berukuran pasport;
- Salinan kad pengenalan;
- Salinan kad pengenalan ibu dan bapa;
- Salinan sijil kelahiran pemohon, sijil-sijil persekolahan dan lain-lain dokumen yang berkaitan.
Semua salinan sijil hendaklah diakui sah oleh Kumpulan Pengurusan dan Profesional ke atas, serta nama jawatan perlu ditulis di sebelah atas kiri sampul surat. Ia kemudiannya perlu dihantar ke alamat:
UNIT PENGURUSAN SUMBER MANUSIA
JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR
TINGKAT 1, MENARA SELATAN,
BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH
NO. 2, PERSIARAN MASJID, BUKIT SUK
SEKSYEN 5, 40676 SHAH ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN
Hanya calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.
Tarikh tutup permohonan pada 26 JANUARI 2022, RABU (12PM).
Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.