Pengambilan jawatan kosong terkini di MBI: Tawaran gaji dari RM1,218 hingga RM5,753

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN – GRED U29
    • Taraf: Tetap
    • Gaji: RM1,797 – RM5,753
  2. PENOLONG ARKITEK LANDSKAP – GRED JA29
    • Taraf: Tetap
    • Gaji: RM1,549 – RM5,701
  3. PENOLONG PEGAWAI PENGUATKUASA – GRED KP29
    • Taraf: Tetap
    • Gaji: RM1,493 – RM5,696
  4. PEMBANTU AWAM
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,218

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Keutamaan diberikan kepada rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah sehingga Diploma mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Penilaian Menengah Rendah mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di portal Digital Perak – DI SINI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Manakala, pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup iklan, hendaklah dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 09 FEBRUARI 2022, RABU.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan syarat-syarat kelayakan khusus setiap jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…