Pengambilan jawatan kosong terkini di PERDA: Pelbagai jawatan ditawarkan, gaji sehingga RM2,939

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEMANDU KENDERAAN – GRED H11
    • Klasifikasi: Kemahiran
    • Kumpulan: Pelaksana
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939
  2. PENOLONG PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL (TEKNOLOGI MAKLUMAT) – GRED DV29
    • Klasifikasi: Pendidikan
    • Kumpulan: Pelaksana
    • Taraf Jawatan: Personal MySTEP
    • Gaji: RM1,800

Syarat-syarat Kelayakan

  • Semua pemohon mestilah Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian (online) di Sistem Perjawatan PERDA.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 26 SEPTEMBER 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk DI SINI, manakala permohonan pula boleh dibuat DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…
Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Warga emas merupakan golongan yang amat dihormati dan dihargai dalam masyarakat, kerana mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan jasa semasa…