Pengambilan jawatan kosong terkini di UniSZA: Tawaran gaji dari RM2,331 hingga RM 9,656

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (PERTUTURAN) – U41
    • Gaji: RM2,429 – RM9,656
  2. JURU X-RAY – U36
    • Gaji: RM3,590 – RM7,605
  3. PENOLONG PEGAWAI FARMASI – U32
    • Gaji: RM2,331 – RM6,394

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan;
  • Memiliki kelayakan akademik seperti berikut:
    • PEGAWAI PEMULIHAN PERUBATAN (PERTUTURAN) – U41
      • Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pemulihan perubatan (pertuturan) atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • JURU X-RAY – U36
      • Diploma dalam bidang radiografi, pengimejan perubatan, radioterapi atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
    • PENOLONG PEGAWAI FARMASI – U32
      • Diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Calon bagi lantikan ini hendaklah Lulus dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk ujian lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf denganya oleh Kerajaan.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) – DI SINI.

Setiap pemohon juga mestilah memuat naik gambar berukuran pasport dan sijil-sijil yang berkaitan ketika mengemukakan permohonan jawatan. Kegagalan pemohon berbuat demikian akan menyebabkan permohonan tidak diproses.

Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan jawatan hendaklah dianggap tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan pada 06 JANUARI 2022, KHAMIS. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…