Pengambilan jawatan Polis Bantuan dibuka di PROLINTAS: Gaji RM1,500 hingga RM3,000

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Prolintas Group Of Companies kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

POLIS BANTUAN (OPERATOR PUSAT KAWALAN LEBUHRAYA)

  • Taraf jawatan: Kontrak
  • Gaji: RM1,500 – RM3,000

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Diploma / STPM / SPM atau yang setaraf.;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan Lima mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Sejarah;
  • Sedia bertugas di dalam waktu tiga syif dan sanggup bekerja lebih masa;
  • Tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah;
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang mempunyai lesen memandu E dan GDL yang sah;
  • Diwajibkan untuk menghadiri latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) selama 63 hari;
  • Pemohon yang mempunyai kemahiran asas penyelenggaraan kenderaan digalakkan untuk memohon jawatan ini;
  • Memiliki personaliti yang baik dan boleh berkomunikasi dengan baik, amanah, bertanggungjawab, tegas, berintegriti dan berdisiplin;
  • Berumur tidak kurang daripada 21 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh temuduga.
  • Kelayakan fizikal: 
    • L.elaki: Tinggi sekurang-kurangnya 162 cm dan berat 50kg.
    • Wanita: Tinggi sekurang-kurangnya 152 cm dan berat 48kg.
    • Tiada masalah penglihatan (rabun jauh / dekat / warna) dan masalah kesihatan (mental / fizikal) serta kecacatan anggota.

Bidang Tugas

  • Mengawasi sepanjang lebuhraya menggunakan sistem pengawasan dan pengurusan lalulintas, untuk mengenalpasti kejadian; kemalangan, kenderaan bermasalah, kenderaan dilarang masuk dan percubaan mencuri atau merosakkan harta lebuhraya:
  • Melayan panggilan telefon kecemasan lebuhraya serta talian kilat:
  • Menjadi penghubung yang menyampaikan maklumat antara pengguna lebuhraya, peronda, pegawai atau pihak pengurusan berkaitan situasi lebuhraya:
  • Memantau sistem pengawasan dan pengurusan lalulintas termasuk mengawasi kebolehkhidmatannya:
  • Mengutip dan merekodkan data berkaitan tugasan yang dijalankan:
  • Membantu membuat kawalan lalu lintas dalam keadaan yang memerlukan.

Cara Memohon

Kepada yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh dilihat – DI SINI.

Permohonan juga boleh dibuat di portal sama dengan klik pada ‘Apply Now’.

Calon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan dengan memberikan butiran diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dengan lengkap serta tepat.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pelbagai Jawatan Kosong Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK): Gaji RM2,265 - RM6,680

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

STR Fasa 1 Mula Dikreditkan Ke Akaun Hari Ini (22 Januari 2025): Jumlah Bayaran Isi Rumah, Bujang & Warga Emas

Golongan B40 dan M40 merupakan dua kumpulan utama dalam kategori pendapatan di Malaysia yang sering menjadi tumpuan dalam pelbagai dasar…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Ini Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…