Pengambilan jawatan sebagai Konstabel Polis Bantuan: Syarat-syarat & cara memohon

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PENGAWAL KESELAMATAN (KONSTABEL POLIS BANTUAN)

Bidang tugas: 

  • Menguatkuasakan Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP terhadap anggota dan ahli KWSP yang mengunjungi bangunan/ pejabat KWSP;
  • Melaporkan sebarang kejadian yang melanggar peraturan KWSP mengikut saluran tertentu dan menjalankan penyiasatan sewajarnya;
  • Menjalankan tugas dengan penuh berhemah dan sentiasa mengamalkan sikap hormat menghormati tetapi hendaklah bertindak cepat dan cergas apabila berlaku kejadian yang melanggar Polisi dan Arahan Keselamatan KWSP;
  • Memantau sistem Kad Akses selepas waktu pejabat;
  • Bersedia melaksanakan segala tugas yang diarahkan oleh pihak pengurusan dari masa kesemasa mengikut keperluan;
  • Bertugas di penempatan yang ditetapkan oleh Penyelia Keselamatan;
  • Bersedia untuk bertugas lebih masa apabila diarahkan oleh Penyelia Keselamatan;
  • Bersedia untuk bertugas di mana-mana bangunan KWSP atau mana-mana tempat yang diarahkan oleh pihak pengurusan.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Memiliki kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Lulus dalam subjek Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) dan subjek Sejarah pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; atau
  • Bekas anggota Polis Diraja Malaysia/ Angkatan Tentera Malaysia yang telah disahkan dalam jawatan serta sekurang-kurangnya telah berkhidmat selama sepuluh (10) tahun dengan rekod perkhidmatan yang baik dan tidak berumur melebihi 45 tahun;
  • Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan baik;
  • Tidak mempunyai apa-apa rekod jenayah atau dadah;
  • Calon mestilah mempunyai ukuran badan dan ciri fizikal seperti berikut:

 

Lelaki

  • Ketinggian minimum (tidak berkasut): 165cm;
  • Berat badan minimum: 50kg;
  • Ukuran dada: Sekurang-kurangnya 81cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas);
  • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index): Antara 19 hingga 25;
  • Lulus ujian bagi mata kiri dan Kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.

 

Perempuan

  • Ketinggian minimum (tidak berkasut): 163cm;
  • Berat badan minimum: 48kg;
  • Indeks Jisim Badan (Body Mass Index): Antara 19 hingga 25;
  • Lulus ujian bagi mata kiri dan Kanan (diuji secara berasingan) dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap (contact lens) dan tidak buta warna.

Cara Memohon

Kepada yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh dilihatDI SINI.

Permohonan juga boleh dibuat di portal sama dengan klik pada ‘Apply Now’.

Calon bagaimanapun perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan dengan memberikan butiran diri, pendidikan, pengalaman dan sebagainya dengan lengkap serta tepat.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) Buka Jawatan Kosong ~ Gaji Sehingga RM2,499

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Bantuan RM150 'One-Off' Mula Dibayar 16 Februari 2025: Ini Senarai Penuh Penerimanya

Pendidikan adalah asas penting dalam membentuk individu, masyarakat, dan negara yang maju. Ia bukan sekadar proses pembelajaran di sekolah atau…
RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

RM100 Dikreditkan Ke MyKad Bulan Februari 2025 ini: Berikut Cara Menggunakannya

Dalam kehidupan seharian, kita bergantung kepada pelbagai keperluan asas dan barangan keperluan untuk memastikan kelangsungan hidup serta keselesaan. Keperluan asas…