Pengambilan jawatan sebagai Polis Bantuan di KLCC Urusharta: Syarat-syarat & cara memohon

Khabar gembira kepada yang sedang mencari pekerjaan, KLCC Urusharta Sdn Bhd kini sedang membuka kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di KLCC Urusharta Sdn Bhd adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat jawatan

Polis Bantuan 

  • Taraf jawatan: Tetap (kemasukan adalah segera)
  • Lokasi bertugas: KLCC Park, Kuala Lumpur

 

Syarat-syarat kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 20 hingga 45 tahun.
  • Terbuka kepada bekas anggota polis/tentera dan polis bantuan yang telah menghadiri Kursus Asas Latihan Polis Bantuan di PULAPOL.
  • Kelayakan minima lulus Sjil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian sekurang-kurangnya 4 mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia dan Sejarah, serta lulus Bahasa Inggeris.
  • Mempunyai ukuran fizikal dan keupayaan pancaindera yang ditetapkan PDRM seperti:
    • Tinggi (tidak bersepatu) sekurangnya 165cm bagi Lelaki, 160cm bagi wanita
    • Berat badan sekurangnya 54kg bagi Lelaki dan 46kg bagi Wanita- (BMI antara 20 – 30).
    • Ukur lilit dada sekurangnya 81cm dan 86cm semasa menarik nafas (bagi lelaki sahaja).
    • Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketepatan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap dan tidak rabun warna.
  • Tahap kesihatan, pendengaran dan penglihatan yang baik serta tiada kecacatan fizikal.
  • Tiada rekod jenayah dan tidak terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
  • Mesti bersedia untuk bertugas mengikut 3 giliran syif.
  • Mesti bersedia untuk menyertai dan menamatkan latihan polis bantuan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL) selama 9 minggu.
  • Hanya calon yang lulus ujian fizikal (physical screening test) sahaja akan ditemuduga.

 

Cara memohon

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Manakala, permohonan pula hendaklah dikemukakan secara dalam talian (online) di laman sama, dengan klik pada jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu mendaftar di sistem berkenaan, mengisi maklumat diri, akademik, pengalaman dan sebagainya sebelum boleh mengemukakan sebarang permohonan.

Hanya calon yang memenuhi kriteria yang dinyatakan di atas akan disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menjalani proses penilaian fizikal dan temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 25 JUN 2021. 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Senarai penuh penerima RM1,200

Tarikh bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA): Senarai penuh penerima RM1,200

Kerajaan sentiasa berusaha untuk memastikan kesejahteraan rakyat, terutama golongan yang memerlukan, melalui pelbagai inisiatif bantuan. Dari bantuan kewangan untuk keluarga…
Jawatan Kosong Besar-Besaran di RTM, ambilan Oktober 2024: Gaji RM1,549 hingga RM9,643

Jawatan Kosong Besar-Besaran di RTM, ambilan Oktober 2024: Gaji RM1,549 hingga RM9,643

Pada ketika ini, Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka. Pengambilan…
Pengambilan banyak jawatan kosong TNB Research: Minima Diploma, ambilan Oktober 2024

Pengambilan banyak jawatan kosong TNB Research: Minima Diploma, ambilan Oktober 2024

Pada ketika ini, TNB Research Sdn Bhd sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi banyak jawartan kosong yang dibuka. Pengambilan…