Pengambilan jawatan terkini di BERNAMA ~ Gaji dari RM1,352 sehingga RM4,003

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – GRED N19

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Pentadbiran dan Sokongan
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Gaji: RM1,352 – RM4,003
  • Kenaikan tahunan: RM100

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,352.00) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,408.40) atau
    • SPM atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta SKM Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan pada Gred N19: RM1,464.80)
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Mahir menggunakan Microsoft Office (Words, Excel dan Powerpoint);
  • Mempuyai kemahiran komunikasi;
  • Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Pentadbiran dan Kewangan;
  • Rajin, komited dalam melaksanakan tugas;
  • Boleh bekerja secara berpasukan.

 

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian melalui portal Kerjaya@BERNAMA – DI SINI.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 14 JANUARI 2022, JUMAAT.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Bantuan SKK RM1,000 Untuk Setiap Penerima STR 2025: Ini Cara Membuat Permohonan

Di Malaysia, golongan pendapatan sering dikategorikan kepada B40, M40, dan T20. Istilah ini digunakan untuk merancang dasar ekonomi dan bantuan…
Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pelbagai Jawatan Kosong Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) 2025 ~ Gaji sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Dewan Bahasa & Pustaka (DBP) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

RM1,000 Akan Dibayar Sebelum Sambutan Hari Raya Aidilfitri: Senarai Penuh Penerima Bantuan Ini

Bersara merupakan satu fasa kehidupan yang dinantikan oleh kebanyakan individu setelah bertahun-tahun bekerja. Namun, kehidupan selepas bersara bukan sekadar berehat…