Pengambilan kakitangan baru di PKPS kini dibuka: Beberapa jawatan & pelbagai elaun disediakan

Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Selangor (PKPS) ditubuhkan pada Januari 1972 – dengan tanggungjawab memajukan industri perladangan dan asas tani bagi meningkatkan pembangunan sosio ekonomi Negeri Selangor, di samping menjalankan projek-projek komersil untuk faedah rakyat.

PKPS juga terlibat dalam projek-projek pertanian komersil dan program pembangunan ladang kelapa sawit seperti Rancangan Revolusi Hijau Bukit Cherakah, Rancangan Tanah Terbiar Kachong Darat dan Rancangan Tanah Belia Busut.

Selaras dengan tugasnya itu, kini PKPS telah membuka kekosongan jawatan yang sedia untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Penolong Pengurus 
    • Gaji: RM1,500 – RM5,672
  2. Kerani 
    • Gaji: RM1,352 – RM5,251

 

Pelbagai elaun juga disediakan untuk jawatan-jawatan ini, antaranya:

  • Elaun Sara Hidup
  • Elaun Rumah
  • Elaun Anak
  • Elaun Telefon

 

Syarat kelayakan bagi permohonan jawatan adalah terbuka bagi peringkat pendidikan dari Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hingga Diploma mengikut peruntukan khusus jawatan. Calon juga hendaklah mendapat Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM bagi melayakkan permohonan jawatan-jawatan ini.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat lanjut iklan jawatan boleh didapati DI SINI. Permohonan jawatan pula hendaklah dibuat dengan mengemukakan surat permohonan dan resume ke alamat:

PKPS Management Services Sdn Bhd, Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Tingkat 10, Wisma PKPS, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, 40675, Shah Alam, Selangor, Darul Ehsan.

Hanya permohonan yang menepati syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga. Ketika menghadiri temu duga, pemohon turut dikehendaki membawa sijil asal dan salinan dokumen-dokumen berikut:

  • Kad Pengenalan
  • Sijil Kelahiran
  • Sijil Berhenti Sekolah
  • Sijil Kelulusan Pengajian Tinggi
  • Sijil-sijil lain yang difikirkan perlu
  • 2 keping gambar berukuran pasport
  • Salinan Kad Pengenalan suami/isteri dan salinan Sijil Kelahiran anak-anak (bagi calon yang telah berkahwin)

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 12 APRIL 2021

 _____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Bantuan 'one-off' RM2,700 melalui Program Geran Pelancaran 2024

Kerajaan sentiasa komited dalam memastikan kebajikan rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan, sentiasa terpelihara. Melalui pelbagai inisiatif bantuan kebajikan, kerajaan menyediakan…
Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Bantuan Tunai RM700 dibayar bulan depan (November 2024): Senarai penuh penerima

Berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, ramai di kalangan rakyat Malaysia merasa terhimpit dengan beban kewangan yang…
Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Jawatan Kosong FELCRA untuk lepasan SPM - Ijazah: Tarikh tutup permohonan 8 Oktober 2024

Pada ketika ini, Kolej FELCRA sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan-jawatan kosong yang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka…