Pengambilan kakitangan baru di UiTM Johor. Pelbagai jawatan boleh dimohon

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Johor telah membuka pengambilan kakitangan baru untuk tahun 2021. Kelayakan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat SPM hingga Ijazah Sarjana Muda bergantung kepada syarat khusus jawatan.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. JURUTERA
  2. PEGAWAI EKSEKUTIF
  3. PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT

 

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat lanjut iklan kekosongan boleh didapati di pautan ini: https://johor.uitm.edu.my/index.php/fasiliti/iklan. Calon kemudiannya boleh memuat turun borang permohonan di laman sama untuk mengemukakan permohonan jawatan.

Dokumen-dokumen yang telah disahkan hendaklah dikepilkan dengan borang permohonan mengikut susunan berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan.
  2. Salinan Sijil Berhenti Sekolah, PMR/SRP/LCE, SPM/SPMV/MCE, Sijil Politeknik, STPM.
  3. Salinan Sijil, Diploma, Sarjana Muda, Sarjana, Ph.D (Skrol dan transkrip akademik terperinci).
  4. Surat Pengesahan dari majikan atau surat tawaran/berhenti berkhidmat.
  5. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan kerajaan/Badan Berkanun/separa kerajaan yang sedang berkhidmat).
  6. Dokumen berkaitan yang boleh menyokong permohonan jawatan tersebut.

 

Dokumen-dokumen dan borang permohonan seterusnya hendaklah dihantar ke alamat:

Timbalan Pendaftar Kanan,
Bahagian Pentadbiran,
Universiti Teknologi Mara Cawangan Johor,
Jalan Universiti Off Km. 12, Jalan Muar,
85000 Segamat,
Johor Darul Ta’zim.

*Pemohon juga dikehendaki menulis nama jawatan yang dimohon di bahagian penjuru atas sebelah kiri sampul surat.

Bagaimanapun, diingatkan bahawa permohonan dan tidak lengkap, tidak akan diproses dan ia dianggap tidak berjaya. Manakala, jika pemohon tidak menerima sebarang maklum balas selepas enam bulan dari tarikh permohonan ditutup, permohonan itu juga boleh dianggap sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 14 Mac 2021.

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

STR Fasa 3 dibayar bulan depan: Maklumat senarai penuh penerima dan jumlah bayaran

Untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau…
Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Bantuan e-Dompet RM200 dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima yang akan dikreditkan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Tiga tahun tak dibayar OT: Ini kisah Pekerja Keselamatan yang menang tuntutan RM58,000

Penantian seorang Pekerja Keselamatan sebuah bengkel dan pusat tuntutan insurans akhirnya membuahkan hasil apabila menang kes tuntutan kerja lebih masanya…