Pengambilan kakitangan baru UiTM dibuka: Lebih 10 jawatan kosong untuk dimohon

Universiti Teknologi MARA (UiTM) telah membuka pengambilan kakitangan baru untuk tahun 2021. Kelayakan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan adalah dari peringkat PMR sehinga ke Ijazah Sarjana. Jawatan-jawatan juga terdiri dari taraf sepenuh masa dan kontrak.

Oleh itu, para calon warganegara Malaysia sama ada Bumiputra atau tidak yang berminat dan berkelayakan dipelawa untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan berikut:

  1. Pengurus Ladang
  2. Penolong Pegawai Farmasi
  3. Jururawat
  4. Juru X-ray
  5. Penolong Jurutera dalam bidang:
    • Elektrik
    • Elektronik
    • Awam
  6. Jurufotografi
  7. Pembantu Pembedahan Pergigian
  8. Pegawai Pemulihan Perubatan dalam bidang:
    • Pertuturan
  9. Penolong Pegawai Perubatan
  10. Penolong Pegawai Sains dalam bidang:
    • Teknologi Makanan
  11. Pegawai Eksekutif dalam bidang:
    • Hal Ehwal Islam
    • Pembangunan Masyarakat (Kerja Sosial Perubatan)
  12. Kerani Kewangan
  13. Pembantu Pembedahan Pergigian
  14. Pembantu Perawatan Kesihatan

 

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, calon perlu membeli terlebih dahulu nombor pin Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula dari 14 Februari 2021 hingga 1 Mac 2021 dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon sahaja di kaunter cawangan BSN. Bayaran sebanyak RM10.00 akan dikenakan dan setiap pemohon hanya dibenarkan untuk membeli SATU (1) nombor pin sahaja.

  1. Sila nyatakan ‘Jawatan Kosong UiTM’ semasa pembelian nombor pin di kaunter BSN.
  2. Permohonan seterusnya boleh dibuat secara atas talian di laman: http://iapps.uitm.edu.my/epengambilanstaf/ dengan mengisikan maklumat yang diperlukan.
  3. Pemohon hanya boleh memohon SATU (1) jawatan yang diiklankan sahaja.

 

Tarikh tutup permohonan adalah pada 1 Mac 2021 dan untuk butiran lanjut iklan jawatan boleh klik sini. Sekiranya terdapat sebarang persoalan, pemohon boleh menghubungi Bahagian Pengambilan dan Penempatan Staf, Jabatan Pengurusan Sumber Manusia UiTM di talian (03) 5544 3007/3085/3005 atau menghantar email ke alamat: [email protected]

__________

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Bantuan Geran Pelancaran RM2,700 'One-Off': Ini Maklumat Penuh Penerima & Cara Memohon

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, isu beban kos sara hidup menjadi topik utama yang sering dibincangkan dalam kalangan rakyat Malaysia.…
Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pelbagai Jawatan Kosong Gardenia Bakeries: Gaji Sehingga RM3,000++

Pada ketika ini, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Jawatan Kosong Jurutera Dalam Perkhidmatan Awam: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…