Ditubuhkan pada tahun 1979 di bawah Akta Majlis Sukan Negara 1971 (Akta 29) – Majlis Sukan Wilayah Persekutuan (MSWP) pada awalnya dikenali sebagai Majlis Sukan Kuala Lumpur. MSWP adalah sebuah badan induk yang menyelaraskan pembangunan sukan di ketiga-tiga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Dalam masa sama, ia juga bertangggungjawab dalam pelaksanaan program pembangunan sukan, pengurusan kemudahan sukan, program latihan, penganjuran dan penyertaan kejohanan sukan, serta menjadi urusetia bagi kontinjen Wilayah Persekutuan ke Sukan Malaysia (SUKMA).
Selaras dengan tanggungjawabnya itu, kini MSWP telah membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berkelayakan dan berminat:
- Jawatan: Penolong Pegawai Belia & Sukan Gred S29
- Klasifikasi Perkhidmatan: Perkhidmatan Sosial
- Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
- Kekosongan Jawatan: Satu (1) Kekosongan
- Gaji Gred S29: RM2,500.00 (Termasuk Caruman KWSP & SOCSO)
- Taraf Jawatan: Kontrak (Contract for Service)
- Tempoh Lantikan: 1 Tahun
Syarat-syarat kelayakan jawatan adalah:
- Warganegara Malaysia, berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; DAN
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
- Sijil Tinggi Agama Malaysia yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; ATAU
- Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Calon hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
- Keutamaan kepada calon yang mempunyai pengalaman dalam bidang Pengurusan Sukan dan Sains Sukan.
Bidang tugas jawatan:
Bidang tugas jawatan Penolong Pegawai Belia & Sukan Gred S29 adalah bertanggungjawab dalam merancang, menguruskan dan melaksanakan program pembangunan bakat sukan di Wilayah Persekutuan termasuk kerja-kerja menyelaras aktiviti-aktiviti pembangunan sukan di peringkat akar umbi dan aktiviti-aktivi berkaitan.
Cara memohon:
Bagi yang berminat, maklumat hebahan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Manakala, untuk permohonan pula, pemohon perlu mengisi Borang Permohonan Jawatan MSWP secara atas talian DI SINI.
Pemohon seterusnya perlu menyertakan borang itu bersama sekeping gambar berukuran pasport, resume, salinan Kad Pengenalan, salinan sijil-sijil berkaitan dan dimasukkan ke dalam sampul surat.
Sampul surat berkenaan kemudiannya perlulah ditulis nama dan jawatan yang dipohon di sebelah kanan atas surat, seterusnya dihantar ke alamat:
Pengarah
Majlis Sukan Wilayah Persekutuan
Aras 2, Blok 1, Menara Seri Wilayah, Presint 2,
62100 Putrajaya
Hanya pemohon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga. Surat melalui pos atau serah tangan hendaklah diterima oleh MSWP selewat-lewatnya pada 13 APRIL 2021 (Selasa).
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021