Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertitik tolak pada tahun 1963 apabila telah diadakan sebuah Seminar Bahasa dan Sastera yang memutuskan mahu sebuah universiti bercirikan kebangsaan dibina di negara ini.
Selepas proses perbincangan antara kerajaan dengan Jawatankuasa Penaja Universiti Kebangsaan, menjelang 24 Januari 1969, Menteri Pelajaran, Encik Mohd. Khir Johari telah mengumumkan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, terletak di kampus sementaranya di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur.
Kini setelah lebih 50 tahun, UKM telah berkembang maju dan menjadi antara institusi pengajian tinggi terbaik di rantau ini. Selaras dengan perkembangan itu, kini UKM telah membuka pelbagai kekosongan baru bagi diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:
- Arkitek J41
- Jurupulih Perubatan U29
- Jururawat U29
- Juruteknologi Makmal Perubatan U29
- Juruteknologi Pergigian U29
- Jurutera J41
- Juruterapi Pergigian U29
- Juruukur Bahan J41
- Pegawai Kebudayaan B41
- Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Dh41
- Pegawai Penyelidik Q41
- Pegawai Pergigian Ug41
- Pegawai Psikologi S41
- Pegawai Sains C41
- Pegawai Tadbir N41
- Pegawai Teknologi Maklumat F41
- Pembantu Kemahiran H19
- Pembantu Keselamatan Kp19
- Pembantu Operasi N11
- Pembantu Penerbitan N19
- Pembantu Setiausaha Pejabat N19
- Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
- Pembantu Tadbir (P/o) N19
- Pengawal Keselamatan Kp11
- Penolong Arkitek Landskap Ja29
- Penolong Jurutera Ja29
- Penolong Pegawai Keselamatan Kp29
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
- Penolong Pegawai Sains C29
- Penolong Pegawai Seni Bina Ja29
- Penolong Pegawai Tadbir N29
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Fa29
- Penolong Pegawai Veterinar G29
- Pereka B19
- Pereka B29
Syarat umum bagi jawatan-jawatan adalah:
- Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas.
- Memiliki kelayakan dari peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut keketapan jawatan.
- Memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau SPM (bergantung kepada jawatan) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Cara memohon:
Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Bagi membuat permohonan pula, ia hendaklah dibuat secara atas talian di pautan: https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm – dengan cara mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan kemudiannya membuat permohonan jawatan.
Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temuduga, manakala bagi calon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari tempoh empat bulan selepas tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya sebagai tidak berjaya.
Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 APRIL 2021.
Jika ada sebarang pertanyaan, calon boleh memajukannya kepada pihak Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat, UKM melalui e-mel: [email protected]
_____
Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021