Pengambilan kakitangan di Universiti Kebangsaan Malaysia: Lebih 30 jawatan sedia dimohon

Sejarah penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bertitik tolak pada tahun 1963 apabila telah diadakan sebuah Seminar Bahasa dan Sastera yang memutuskan mahu sebuah universiti bercirikan kebangsaan dibina di negara ini.

Selepas proses perbincangan antara kerajaan dengan Jawatankuasa Penaja Universiti Kebangsaan, menjelang 24 Januari 1969, Menteri Pelajaran, Encik Mohd. Khir Johari telah mengumumkan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia, terletak di kampus sementaranya di Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur.

Kini setelah lebih 50 tahun, UKM telah berkembang maju dan menjadi antara institusi pengajian tinggi terbaik di rantau ini. Selaras dengan perkembangan itu, kini UKM telah membuka pelbagai kekosongan baru bagi diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Arkitek J41
  2. Jurupulih Perubatan U29
  3. Jururawat U29
  4. Juruteknologi Makmal Perubatan U29
  5. Juruteknologi Pergigian U29
  6. Jurutera J41
  7. Juruterapi Pergigian U29
  8. Juruukur Bahan J41
  9. Pegawai Kebudayaan B41
  10. Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi Dh41
  11. Pegawai Penyelidik Q41
  12. Pegawai Pergigian Ug41
  13. Pegawai Psikologi S41
  14. Pegawai Sains C41
  15. Pegawai Tadbir N41
  16. Pegawai Teknologi Maklumat F41
  17. Pembantu Kemahiran H19
  18. Pembantu Keselamatan Kp19
  19. Pembantu Operasi N11
  20. Pembantu Penerbitan N19
  21. Pembantu Setiausaha Pejabat N19
  22. Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
  23. Pembantu Tadbir (P/o) N19
  24. Pengawal Keselamatan Kp11
  25. Penolong Arkitek Landskap Ja29
  26. Penolong Jurutera Ja29
  27. Penolong Pegawai Keselamatan Kp29
  28. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29
  29. Penolong Pegawai Sains C29
  30. Penolong Pegawai Seni Bina Ja29
  31. Penolong Pegawai Tadbir N29
  32. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Fa29
  33. Penolong Pegawai Veterinar G29
  34. Pereka B19
  35. Pereka B29

 

Syarat umum bagi jawatan-jawatan adalah:

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Memiliki kelayakan dari peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah hingga Ijazah Sarjana Muda mengikut keketapan jawatan.
  • Memiliki Kepujian (sekurangkurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PMR atau SPM (bergantung kepada jawatan) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Cara memohon:

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati DI SINI. Bagi membuat permohonan pula, ia hendaklah dibuat secara atas talian di pautan: https://smk.ukm.my/sppj/mukadepan.cfm – dengan cara mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan kemudiannya membuat permohonan jawatan.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja yang akan dipanggil untuk menghadiri temuduga, manakala bagi calon yang tidak menerima sebarang maklum balas dari tempoh empat bulan selepas tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonannya sebagai tidak berjaya.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 07 APRIL 2021. 

Jika ada sebarang pertanyaan, calon boleh memajukannya kepada pihak Unit Perjawatan dan Kenaikan Pangkat, UKM melalui e-mel: [email protected]

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…