Pengambilan kakitangan dibuka di Pengurusan Air Selangor: Ini senarai jawatan & cara memohon

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) adalah sebuah operator air terbesar di Malaysia, dengan menyediakan bekalan air terawat yang bersih dan selamat untuk pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Ia sekaligus dianggar melibatkan hampir 8.4 juta pengguna di ketiga-tiga negeri dan Wilayah berkenaan.

Sehingga kini, Air Selangor juga telah memiliki lebih daripada 4,900 tenaga kerja berpengalaman dalam pelbagai bidang berkaitan perkhidmatan industri air. Selaras dengan perkembangan itu, Air Selangor nampaknya kembali membuka kekosongan jawatan untuk diisi oleh mereka yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah jawatan-jawatan yang ditawarkan:

  1. Juruteknik
  2. Juruteknik Makmal
  3. Chargeman

 

Berkenaan dengan syarat kelayakan bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan, ia terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh permohonan ditutup. Kelayakan akademik bagi jawatan-jawatan pula adalah sekurang-kurangnya Diploma dalam bidang berkaitan.

Cara memohon:

Bagi yang berminat, maklumat iklan jawatan secara lebih terperinci boleh didapati di portal: MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di portal sama. Dimaklumkan juga bahawa pemohon perlu mendaftar dahulu di portal berkenaan sebelum boleh mengemukakan permohonan.

Pemohon turut digalakkan menggunakan komputer atau mengaktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan.

Hanya calon yang layak dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada:

  • 15 Mei 2021 – Chargeman
  • 21 Mei 2021 – Juruteknik & Juruteknik Makmal

_____

Dapatkan pelbagai lagi maklumat terkini dan kekosongan jawatan lebih pantas dengan menyertai saluran Telegram kami di: https://t.me/berikerja2021

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pengambilan Jawatan Kosong FELDA Ambilan Julai 2025: Gaji RM2,210 - RM8,150

Pada ketika ini, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…