Pengambilan kekosongan jawatan terkini di MAIK ~ Elaun bulanan sehingga RM1,850/sebulan

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. IMAM TUA / IMAM MUDA
    • Penempatan: Masjid di Mukim Negeri Kelantan
    • Gaji:
      • RM1,850 (Imam Tua – Masjid Mukim Katogeri “A”)
      • RM1,550 (Imam Tua – Masjid Mukim Besar)
      • RM1,150 (Imam Tua – Masjid Mukim Kecil – Sub Mukim)
      • RM1,350 (Imam Muda – Masjid Mukim Katogeri “A”)
      • RM1,150 (Imam Muda – Masjid Mukim Besar)
      • RM1,000 (Imam Muda – Masjid Mukim Kecil – Sub Mukim)
  2. BILAL
    • Penempatan: Masjid di Mukim Negeri Kelantan
    • Gaji:
      • RM800 (Masjid Mukim Kategori ”A”)
      • RM700 (Masjid Mukim Besar)
      • RM700 (Masjid Mukim Kecil – Sub Mukim)

Syarat-syarat Kelayakan

IMAM TUA / IMAM MUDA

  • Warganegara Malaysia;
  • Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal;
  • Berumur 25 tahun ke atas dan tidak melebihi 70 tahun mengikut kad pengenalan pada tarikh iklan dikeluarkan;
  • Mempunyai pengetahuan agama yang baik;
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
  • Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
  • Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah;
  • Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik;
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang mempunyai Sijil Tahfiz Al-Quran daripada Pusat Tahfiz Al-Quran;
  • Bagi pemohon yang berkhidmat sebagai Penjawat Awam hendaklah mendapat pelepasan daripada MAJIKAN.
  • Pengecualian daripada ujian Tahriri (bertulis) akan dikecualikan kepada pemohon-pemohon yang mempunyai kelayakan berikut:
    • Sijil IV Thanawi atau Sijil Menengah Ugama atau Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau mana-mana sijil agama yang setaraf dengannya;
    • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan kepujian dalam subjek Pendidikan Syariah Islam, Pendidikan Quran Dan Sunnah dan lulus Bahasa Arab.

 

BILAL

  • Warganegara Malaysia;
  • Seorang lelaki beragama Islam yang sempurna akal;
  • Mempunyai pengetahuan agama yang baik;
  • Keutamaan diberi kepada pemohon yang bermastautin atau bermukim dalam kawasan mukim masjid berkenaan;
  • Mempunyai latar belakang sosial yang baik serta dihormati oleh penduduk tempatan;
  • Tiada rekod jenayah yang telah dijatuhkan hukuman oleh mana-mana mahkamah termasuk Mahkamah Syariah;
  • Mempunyai kesihatan tubuh badan yang baik;
  • Pemohon jawatan Bilal tidak disyaratkan mempunyai sijil dan akan memasuki ujian safawi (lisan).

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat dengan mengisi borang pemohonan yang boleh didapati di Aras 2, Bahagian Agama, MAIK atau muat turun – DI SINI (PDF).

Borang permohonan yang lengkap kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:

Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.

(u.p: Bahagian Agama)

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 12 JANUARI 2021, RABU.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Jumlah Bayaran STR Fasa 2 Untuk Penerima Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas

Dalam landskap ekonomi Malaysia, masyarakat sering dibahagikan kepada beberapa kumpulan pendapatan utama, dengan dua daripadanya yang paling kerap dibincangkan ialah…
Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pengambilan Pelbagai Jawatan Kosong FELDA 2025 ~ Senarai Jawatan & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Bantuan BMT: Senarai Penuh Penerima Tunai RM200 Bulan Februari 2025 ini

Musim tengkujuh adalah fenomena cuaca yang berlaku setiap tahun di Malaysia, biasanya antara November hingga Mac. Ketika ini, hujan lebat…