Pengambilan lebih 1,000 kekosongan & simpanan di Jabatan Perdana Menteri: Gaji sehingga RM2,939

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Perdana Menteri (JPM) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan jawatan di bawah kendalian Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PEMBANTU AWAM – GRED H11 (SEMENANJUNG)

  • Klasifikasi Perkhidmatan: Kemahiran
  • Kumpulan Perkhidmatan: Pelaksana
  • Gaji: RM1,218 – RM2,939
  • Kekosongan: 36
  • Simpanan: 1,000

 

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)/Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan;
  • Syarat Tambahan: Bagi tugas penyelamat, calon perlu memiliki Sijil Pertolongan Cemas serta berkebolehan berenang dan bagi tugas memandu enjin sangkut/motobot, calon perlu memiliki perakuan kekompetenan berkaitan daripada Jabatan Laut Malaysia).
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PT3/PMR atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

 

Bidang Tugas

  • Menjalankan tugas-tugas am bersifat hands-on yang memerlukan keupayaan fizikal di dalam dan luar bangunan pejabat dan tugas tugas berkaitan sokongan teknikal ke atas peralatan dan ruang kerja.
  • Menjalankan tugas penyelamat (lifeguard) di kawasan kolam renang.
  • Menjalankan tugas pemanduan enjin sangkut/motobot.
  • Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh ketua jabatan.

Cara Memohon

Bagi calon yang berminat dan berkelayakan, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dilihat – DI SINI.

Manakala, permohonan pula boleh dibuat secara atas talian di Sistem Pendaftaran Pekerja SPA9 (KLIK SINI) dengan mendaftar dahulu di sistem berkenaan dan memilih jawatan yang hendak dimohon.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat kelayakan.

Tarikh tutup permohonan pada 23 JANUARI 2022, AHAD (11.59 MALAM).

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Bantuan RM600 Setiap Bulan Untuk Warga Emas: Syarat Kelayakan 60 Tahun dan Ke Atas

Golongan warga emas merupakan sebahagian penting dalam struktur masyarakat Malaysia. Mereka bukan sahaja mewakili generasi yang terdahulu berkorban demi membina…
FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

FINAS Buka Pelbagai Jawatan Kosong: Kelayakan SPM Hingga Ijazah

Pada ketika ini, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…