bomba

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan tahun 2024 telah dibuka: Kelayakan minima PMR atau SPM

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Selangor  kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Jabatan Bomba dan Penyelamat

PEGAWAI BOMBA BANTUAN

  • Faedah dan kelebihan:
    • Elaun RM8/jam
    • Elaun penyelenggaraan pakaian
    • Caruman Insurans Kelompok

Syarat-syarat Kelayakan

  • Kelayakan Minimum Penilaian Menengah Rendah (PMR);
  • Kelulusan Sijil Pejalaran Malaysia (SPM);
  • Minimum Ketinggian 157cm (Lelaki);
  • Minimum Berat 48kg (Lelaki);
  • BMI 19 – 26;
  • Keutamaan Kepada Warganegara Malaysia
  • Menetap/tinggal Di Negeri Selangor;
  • Sihat Tubuh Badan & Penglihatan;
  • Lulus Ujian Fizikal & Pancaindera;
  • Bukan Anggota Angkatan Tentera Malays1a atau mana-mana Pasukan Atau Skim Sukarelawan yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukan melalui borang permohonan boleh di dapati melalui Kod QR pada hebahan rasmi jawatan kosong.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Calon yang tidak menerima apa-apa jawapan dalam tempoh satu bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 19 APRIL 2024.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

Perkhidmatan Bomba Malaysia bermula pada tahun 1883 dengan penubuhan Bomba sukarela Negeri Selangor yang diketuai oleh H.F Bellamy bersama 15 anggota. Pasukan ini diletakkan di bawah Lembaga Kebersihan dan menjadi Pasukan Bomba dan Penyelamat Tetap pada tahun 1895.

Perkhidmatan ini kemudiannya terus berkembang di setiap negeri dan diletakkan di bawah Majlis Perbandaran atau Lembaga Luar Bandar. Pada tahun 1946, pasukan ‘Malayan Union Fire Services’ telah dibentuk. MUS beribu pejabat di Kuala Lumpur. Melalui perjanjian Persekutuan Tanah Melayu, Perkhidmatan Bomba diserahkan kembali kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah pentadbiran Lembaga Bandaran dan Lembaga Luar Bandar mengikut negeri masing-masing. Bagi menyelaraskan perkhidmatan Bomba ditubuhkan di bawah Kementerian Pembangunan dan Kerajaan Tempatan.

Pada 8 Januari 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju perubahan nama Jabatan Perkhidmatan Bomba Malaysia kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia yang mana pada 21hb Febuari 1997, YAB Perdana Menteri Malaysia dengan rasminya telah mengumumkan dan melancarkan pertukaran nama, logo dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat, Malaysia di Genting Highlands.

ARTIKEL BERKAITAN

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pengambilan Jawatan Kosong Institut Kerajaan Tahun 2025: Gaji RM2,250 - RM11,110

Pada ketika ini, Institut Kerajaan – Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk…
RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

RM600 Setiap Bulan Untuk Mereka Berumur 60 Tahun Ke Atas: Cara Memohon BWE 2025

Warga emas merupakan golongan istimewa dalam masyarakat kita. Mereka bukan sahaja menyumbang kepada pembinaan negara sejak zaman muda, malah menjadi…
E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

E-Dompet RM300 Dikreditkan Automatik Setiap Bulan: Senarai Penuh Penerima Bantuan BINGKAS

Setiap hari, kita semua bergantung kepada keperluan asas untuk meneruskan kehidupan – makanan, pakaian, tempat tinggal, kesihatan, dan pendidikan. Namun…