Pegawai Bomba Bantuan

Pengambilan Pegawai Bomba Bantuan Tahun 2025: Terbuka Kepada Calon Lelaki & Wanita

Pada ketika ini, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perlis kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.

Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:

Maklumat Jawatan Kosong Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

PEGAWAI BOMBA BANTUAN

  • Penempatan: Balai Bomba dan Penyelamat Negeri Perlis
  • Manfaat: Pelbagai jenis elaun

Syarat-Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik sekurangnya Sijil Pelajaran Malaysia (SPM);
  • Minimum tinggi 157 (lelaki) dan 153 (wanita);
  • Berat minimum 48 (lelaki) dan 46 (wanita);
  • BMI antara 19 hingga 26;
  • Sihat tubuh badan dan penglihatan;
  • Lulus ujian fizikal dan pancaindera;
  • Keutamaan adalah calon lelaki.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan secara lengkap dan benar.

Pemohon hendaklah memohon jawatan yang setaraf dengan kelayakan yang ditetapkan. Hanya pemohon yang berjaya melepasi tapisan akan dipanggil temu duga.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN 16 MEI 2025.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk di hebahan rasmi – DI SINI.

Maklumat Tambahan

Berdasarkan dapatan sejarah, Pulau Pinang adalah negeri yang terawal dalam memberikan perkhidmatan kebombaan di Tanah Melayu. Proses kewujudan perkhidmatan ini bermula pada tahun 1787 apabila berlaku beberapa rusuhan di kawasan pelabuhan di Pulau Pinang.

Pada tahun 1898, pasukan bomba sukarela telah ditubuhkan di Pulau Pinang oleh Syarikat Hutternberg & Co. Ltd. dengan keanggotaan seramai 10 orang. Pasukan ini hanya dilengkapi dengan pam kuasa wap yang ditarik oleh empat ekor kuda. Pada tahun 1902 hingga 1908,
pasukan bomba sukarela telah diambil alih oleh kerajaan negeri dan diletakkan di bawah majlis perbandaran

Di Melaka pula, perkhidmatan kebombaan di negeri itu bermula apabila pasukan polis sukarela ditubuhkan pada tahun 1825 oleh kerajaan British. Pada 5 Julai 1827, W.T Lewis telah dilantik sebagai penguasa polis secara rasmi oleh kerajaan British. Beliau juga bertanggungjawab
menangani insiden kebakaran dan mengendalikan latihan penggunaan peralatan kebombaan.

Pada tahun 1930, pasukan bomba di Melaka dikenali dengan nama Civil Defense dan dianggotai oleh 16 orang anggota polis yang dilengkapi dengan sebuah jentera bomba jenis Dennis dan sebuah motosikal.

Nama Civil Defense kemudiannya telah ditukar kepada Auxillary Fire Service di bawah pentadbiran British Millitary Administration pada tahun 1942. Pada tahun 1950, Majlis Perbandaran Kota Melaka telah mengambil alih pentadbiran pasukan bomba daripada British Millitary Administration dan diberi nama Malacca Fire Brigade.

Selepas semua negeri di Semenanjung Malaysia disatukan di bawah perkhidmatan bomba pada 1 Januari 1977, satu jawatan Ketua Pengarah Perkhidmatan Bomba telah diwujudkan bagi mentadbir dan mengurus perkhidmatan kebombaan.

Proses penstrukturan ini melibatkan beberapa fasa perubahan dalam organisasi jabatan. Walau bagaimanapun bagi tujuan penulisan sejarah ini perbandingan bahagian dan perjawatan yang dipaparkan hanya melibatkan carta organisasi peringkat awal penyatuan iaitu pada tahun 1979 dan tahun semasa 2013.

Objektif jabatan bomba adalah bagi memberi khidmat mencegah dan memadam kebakaran menguatkuasakan peruntukan Undang-undang yang berkaitan serta memberi khidmat kemanusian dengan cekap dan berkesan. Ia seterusnya berobjektif untuk memberikan khidmat pencegahan dan pemadaman kebakaran, menguatkuasakan Undang-undang yang berkaitan dengan aspek keselamatan dan memadam kebakaran serta menyediakan khidmat kemanusiaan yang cekap dan berkesan.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…