Pengambilan pelbagai jawatan di Institut Koperasi Malaysia (IKMa): Gaji dari RM1,218 – RM9,549

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Institut Koperasi Malaysia (IKMa) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat hebahan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI LATIHAN – E41
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,083 – RM9,549
    • Kekosongan: 6
  2. JURUTEKNIK KOMPUTER – FT19
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,377 – RM4,052
    • Kekosongan: 2
  3. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) – N19
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,352 – RM4,003
    • Kekosongan: 2
  4. PEMANDU KENDERAAN – H11
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM1,218 – RM2,939
    • Kekosongan: 2

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat PMR  atau SPM kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Untuk syarat-syarat kelayakan khusus bagi setiap jawatan, rujuk – DI SINI.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di sistem Permohonan e-Jawatan IKMa – DI SINI. Permohonan juga boleh dibuat di portal myFutureJobs – DI SINI.

Hanya permohonan yang melepasi tapisan dan menepati syarat-syarat kelayakan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan pada 20 JANUARI 2022, KHAMIS. 

Untuk hebahan rasmi kekosongan jawatan, rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Permohonan Rumah PPR 2025 Masih Dibuka: Syarat-Syarat Kelayakan dan Cara Memohon

Memiliki sebuah rumah sendiri adalah impian hampir setiap individu. Bagi golongan B40, yang merupakan kumpulan pendapatan isi rumah terendah di…
Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Jawatan Kosong Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 2025: Gaji RM2,250.00 - RM11,110

Pada ketika ini, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Jawatan Kosong MRSM, Pengambilan Jun - Julai 2025: Tawaran Gaji RM100/Sehari

Pada ketika ini, Maktab Rendah Sains Mara Betong, Sarawak (MRSM Betong) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan…