uitm

Pengambilan pelbagai jawatan di Universiti Teknologi MARA (UiTM): Gaji RM1,797 – RM5,753

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Pengambilan jawatan adalah di Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM, Kampus Puncak Alam dan Pusat Pakar Perubatan UiTM (PPUiTM), Kampus Sungai Buloh.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan:-

Maklumat Jawatan Universiti Teknologi MARA (UiTM)

  1. JURURAWAT U29
    • Kumpulan: Pelaksana
    • Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,797 – RM5,753
  2. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
    • Kumpulan: Pelaksana
    • Taraf Jawatan: Tetap/Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,797 – RM5,753

Syarat-syarat Kelayakan

JURURAWAT U29

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Diploma dalam bidang kejururawatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

 

PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Diploma dalam bidang pembantu perubatan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya serta telah berdaftar dengan Lembaga Pembantu Perubatan Malaysia.

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan hendaklah dikemukakan secara atas talian (online) di Sistem e-Pengembilan UiTM.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Tarikh tutup permohonan pada 17 APRIL 2024 (RABU).

Sebarang pertanyaan berkaitan permohonan jawatan bolehlah merujuk kepada:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jabatan Pentadbiran & Sumber Manusia
Hospital Al-Sultan Abdullah
Universiti Teknologi MARA
42300 Bandar Puncak Alam
Selangor Darul Ehsan
E-mel : [email protected]
No. Tel : (03) 3396 3362/3357/3359/3358/3336

Hebahan rasmi kekosongan jawatan dan permohonan boleh dirujuk – DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…