Pengambilan pelbagai jawatan dibuka di YGMB ~ Gaji dari RM2,000 hingga RM2,499

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. JURNALIS
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,000 – RM2,499
  2. SETIAUSAHA/PA
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,000 – RM2,499
  3. EKSEKUTIF (PENTADBIRAN & SUMBER MANUSIA)
    • Taraf: Kontrak
    • Gaji: RM2,000 – RM2,499

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun dan ke atas;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Kepujian dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia;
  • Fasih bertutur dan berkemahiran menulis dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris;
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik;

*Bagi senarai penuh syarat-syarat kelayakan setiap jawatan, KLIK SINI.

Cara Memohon

Bagi yang berminat, maklumat terperinci iklan jawatan boleh dirujuk di portal MyFutureJobs dan permohonan juga boleh dibuat di laman sama.

Pemohon dikehendaki mendaftar dahulu di portal berkenaan, mengisi maklumat diri/kelayakan dengan lengkap dan klik pada ‘Mohon’ pada jawatan yang ingin dimohon.

Pemohon turut digalakkan menggunakan komputer atau mengaktifkan mode Desktop Site di browser telefon pintar bagi memudahkan akses permohonan di portal berkenaan.

Hanya permohonan yang melepasi tapisan dan menepati kelayakan sahaja yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 11 JANUARI 2022, SELASA.

 

ARTIKEL BERKAITAN

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Bantuan Sara Diri 2025 Telah Mula Diagihkan: Ini Maklumat Penuh Jumlah Bayarannya

Mahasiswa merupakan aset penting negara yang bakal menerajui kepimpinan dan pembangunan masa depan. Golongan ini bukan sekadar penuntut ilmu di…
Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Permohonan Bantuan RM600 Setiap Bulan Masih Dibuka: Umur 60 Tahun & Ke Atas Boleh Memohon

Warga emas merupakan golongan yang amat dihormati dan dihargai dalam masyarakat, kerana mereka bukan sahaja menyumbang tenaga dan jasa semasa…