Pengambilan pelbagai jawatan kosong dibuka di PERDA ~ Gaji dari RM1,216 hingga RM9,546

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PEGAWAI TADBIR/PENSYARAH (MULTIMEDIA) – N41
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Gaji: RM2,080 – RM9,546
  2. PEGAWAI TADBIR/PENSYARAH (PENGAJIAN PERNIAGAAN) – N41
    1. Taraf Jawatan: Kontrak
    2. Gaji: RM2,080 – RM9,546
  3. PEMBANTU OPERASI – N11
    1. Taraf Jawatan: Kontrak
    2. Gaji: RM1,216 – RM2,983.00
  4. PENOLONG JURUTERA – JA29
    1. Taraf Jawatan: Pekerja sambilan harian
    2. Gaji: RM72/sehari

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Memiliki kelayakan akademik dari peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Pentaksiran Tingkatan Tiga atau Sijil Pelajaran Malaysia mengikut ketetapan khusus setiap jawatan.

*Maklumat lengkap syarat-syarat kelayakan bagi setiap jawatan – DI SINI

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di sistem e-Recruit PERDA – DI SINI.

Kepada calon yang belum mendaftar di sistem berkenaan, calon dikehendaki membuat pendaftaran terlebih dahulu dan mengisi makluma yang diminta dengan tepat.

Manakala, khusus bagi jawatan sambilan (Penolong Jurutera – JA29) pemohon perlu mengemukakan resume beserta Curriculum Vitae (CV) terbaru yang mengandungi butir-butir peribadi, kelayakan akademik (sertakan salinan sijil yang berkaitan), pengalaman kerja dan sekeping gambar bersaiz pasport.

Ia kemudiannya hendaklah dihantar ke alamat:

LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH PULAU PINANG
No. 1, Lorong Kampung Gajah 2, Jalan Kampung Gajah,
12200 Butterworth, Pulau Pinang
(u.p:Bahagian Khidmat Pengurusan)

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 DISEMBER 2021, RABU. 

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Jawatan Kosong Terkini PUSPAKOM: Permohonan Ambilan Julai 2025 Masih Dibuka

Pada ketika ini, Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

E-Tunai/E-Wallet RM300 Setiap Bulan: Senarai Mereka Yang Layak Memohon Bantuan BINGKAS

Golongan B40 dan M40 merujuk kepada kategori isi rumah berdasarkan pendapatan bulanan di Malaysia. B40 adalah singkatan bagi “Bottom 40%”…
Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Jawatan Kosong Dalam Angkatan Pertahanan Awam Tahun 2025: SPM Layak Memohon

Pada ketika ini, Angkatan Pertahanan Awam kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…