Pengambilan pelbagai jawatan kosong terkini di NEKMAT: Tawaran gaji sehingga RM2,400/sebulan

Khabar baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) kini sedang membuka pelbagai kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

  1. PENOLONG PENGURUS (KEJURUTERAAN ELEKTRIK) 
    • Gaji: RM2,400
    • Penempatan: Tok Bali, Kelantan
  2. PENOLONG PENGURUS (KEJURUTERAAN) 
    • Gaji: RM2,400
    • Penempatan: Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
  3. JURUTEKNIK (ELEKTRIK/PENYEJUKAN)
    • Gaji: RM1,700
    • Penempatan: Kuantan, Pahang
  4. PELATIH LATIHAN INDUSTRI
    • Penempatan: Kuala Lumpur / Selangor / Pahang / Terengganu

Syarat-syarat Kelayakan

  • Calon hendaklah warganegara Malaysia;
  • Calon hendaklah berumur tidak lebih 30 tahun pada tarikh pelantikan jawatan;
  • Mempunyai kelayakan akademik dari peringkat Diploma sehingga Ijazah Sarjana Muda mengikut ketetapan khusus setiap jawatan;
  • Pengalaman bekerja lebih 1 tahun dalam bidang yang dipohon adalah kelebihan tambahan;
  • Boleh bekerja dengan pengawasan minima;
  • Mempunyi kenderaan sendiri.

Cara Memohon

Kepada calon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat dengan menghantar resume dan salinan sijil-sijil berkaitan ke alamat e-mel: [email protected] (nyatakan juga gaji dipohon).

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.

Tarikh tutup permohonan pada 20 MAC 2022, AHAD.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Sumbangan RM1,000 'One-Off': Keluarga Berpendapatan Bawah RM5,000 Sebulan Layak Mohon

Menjadi mahasiswa bukan sekadar menuntut ilmu, tetapi juga perjalanan menuju kematangan hidup dan pembentukan jati diri. Tempoh pengajian di institusi…
Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Lebih 600 Kekosongan Jawatan Dalam Pelbagai Kementerian/Jabatan: Gaji Sehingga RM4,680

Pada ketika ini, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka di…
JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

JAIS Buka Pengambilan Banyak Jawatan Kosong: Gaji Sehingga RM 11,110

Pada ketika ini, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang…