Pengambilan Perajurit Muda Tentera Darat kini dibuka: Pelbagai elaun disediakan & cara memohon

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Tentera Darat Malaysia (TDM) kini sedang membuka kekosongan jawatan terkini bagi melancarkan lagi perjalanan operasinya. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PERAJURIT MUDA TENTERA DARAT

  • Elaun:
    • Elaun Sara Hidup
    • Elaun Khidmat
    • Bayaran Insentif Khas
    • Elaun Kepakaran
    • Elauan Imbuhan Perumahan
    • Elaun Perjalanan
  • Kemudahan:
    • Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
    • Rawatan Perubatan
    • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
    • Insurans Kelompok Angkatan Tentera
    • Peluang melanjutkan pelajaran
    • Kemudahan Kediaman

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Januari 2022 (Pengambilan Siri 195 2022).
  • Penglihatan – Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap
  • Tidak rabun warna.
  • Pendengaran – Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi.
  • Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
  • Memiliki Sijil SPM/SPVM dan setaraf;
  • Keutamaan diberikan kepada pemohon yang memiliki KEPUJIAN seperti berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Bahasa Inggeris
    • Sains
    • Matematik
    • Sejarah
  • Kelayakan tambahan:
    • Kelebihan mempunyai Sijil/Kemahiran dalam pelbagai bidang Sains & Teknologi;
    • Pencapaian sukan peringkat negeri dan boleh bermain alat muzik/pancaragam;
    • Kelebihan dalam penguasaan bahasa asing.
  • Tinggi:
    • Ukuran Tinggi Minima Lelaki 1.62 m
    • Ukuran Tinggi Minima Wanita 1.57 m
  • Berat:
    • Berat Badan Minima Lelaki 47.5 kg
    • Berat Badan Minima Wanita 45.0 kg
  • Indeks Jisim Badan (BMI) :
    • Indeks Jisim Badan Lelaki dan Wanita Diantara 18.0 hingga 26.0

 

Skim Gaji Kemasukan Kelayakan Akademik

  • SPM – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,459.00]
  • SPVM – Sijil Vokasional Malaysia (SVM) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. [Gaji Permulaan : RM1,564.00]
  • SKM TAHAP 2 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,630.01]
  • SKM TAHAP 3 – Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,696.02]
  • DIPLOMA PERUBATAN – Diploma dalam bidang perubatan atau kesihatan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM1,894.05]
  • DIPLOMA KEJURUTERAAN – Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya. [Gaji Permulaan : RM2,026.07]

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan jawatan boleh dibuat secara atas talian (online) di pautan:

 

Hanya satu permohonan sahaja dibenarkan untuk setiap calon dan calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru/ Daftar Masuk yang telah didaftarkan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 JANUARI 2022, ISNIN.

Hebahan rasmi kekosongan jawatan boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Bantuan Am Persekutuan: Maklumat bayaran setiap bulan & syarat-syarat kelayakan

Bantuan Am Persekutuan: Maklumat bayaran setiap bulan & syarat-syarat kelayakan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan tunai telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
SARA dikreditkan September 2024: Maklumat penerima, tarikh & jumlah bayaran

SARA dikreditkan September 2024: Maklumat penerima, tarikh & jumlah bayaran

Keadaan kos sara hidup yang semakin meningkat telah menjadi antara salah satu isu utama di kalangan masyarakat. Prihatin dengan hal…
Pelbagai jawatan kosong ASWARA dengan gaji sehingga RM9,607: Kelayakan PT3 hingga Ijazah

Pelbagai jawatan kosong ASWARA dengan gaji sehingga RM9,607: Kelayakan PT3 hingga Ijazah

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan…