Tentera Darat Malaysia buka pengambilan Perajurit Muda 2022: Gaji permulaan sehingga RM2,026.07

Khabar baik kepada rakyat Malaysia, Pengambilan Perajurit Muda Lelaki Siri 196 Tahun 2022 Tentera Darat Malaysia (TDM) telah dibuka. Calon disarankan untuk membaca maklumat iklan jawatan ini secara terperinci.

Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan. Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan yang ditawarkan: –

Maklumat Jawatan

PERAJURIT MUDA LELAKI SIRI 195 TAHUN 2022 TENTERA DARAT MALAYSIA (TDM)

  • Gaji Permulaan: 
    • Perajurit Muda: RM1,459.00
    • SPM/SPVM: RM1,594.00
    • SKM Tahap2: RM1,630.01
    • SKM Tahap 3: RM1,696.02
    • Diploma Perubatan: RM1,894.05
    • Diploma Kejuruteraan: RM2,026.07
  • Elaun
    • Elaun Sara Hidup
    • Elaun Khidmat
    • Bayaran Insentif Khas
    • Elaun Kepakaran
    • Elauan Imbuhan Perumahan
    • Elaun Perjalanan
  • Kemudahan
    • Pinjaman Perumahan/Kenderaan/Komputer
    • Rawatan Perubatan
    • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
    • Insurans Kelompok Angkatan Tentera
    • Peluang melanjutkan pelajaran
    • Kemudahan Kediaman

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun hingga tidak melebihi 25 tahun pada 31 Julai 2022 (Pengambilan Siri 196 2022).
  • Penglihatan:
    • Boleh melihat dengan jelas tanpa cermin mata atau kanta lekap;
    • Tidak rabun warna.
  • Pendengaran: Tahap pendengaran yang baik tanpa alat bantuan pendengaran;
  • Memiliki tahap kecergasan jasmani yang tinggi;
  • Taraf kesihatan – sihat, tidak cacat anggota badan, tidak pernah mengalami kecederaan serius seperti patah tulang, tidak menghidap penyakit lelah, tidak mempunyai penyakit kronik dan tidak mempunyai penyakit keturunan.
  • Syarat-syarat fizikal, akademik dan kelayakan tambahan jawatan boleh dirujuk di hebahan rasmi pengambilan.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon

Kepada yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan tepat, serta memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan.

Calon yang layak ke Pemilihan Akhir akan dimaklumkan melalui akaun Pendaftaran Baru / Daftar Masuk yang telah didaftarkan.

Tarikh tutup permohonan pada 31 JULAI 2022, AHAD.

Hebahan rasmi hebahan pengambilan dan permohonan secara atas talian (online) boleh dirujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Senarai Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM 2025): Syarat-Syarat & Cara Memohon

Dalam landskap sosial Malaysia yang semakin kompleks, peranan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menjadi semakin penting sebagai agensi utama yang memastikan…
Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pelbagai Jawatan Kosong Lembaga Tabung Haji: Pengambilan November-Disember 2025

Pada ketika ini, Lembaga Tabung Haji sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Jawatan Kosong PTPTN Untuk Lepasan SPM: Ini Cara Memohon

Pada ketika ini, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…