akaun 3

Pengeluaran Akaun 3 KWSP diumumkan bulan ini (April 2024): Ini adalah penjelasan tentangnya

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan insiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri. Antara adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang sebelum ini telah melancarkan pelbagai jenis kemudahan dan inisiatif kepada para pencarumnya.

Antaranya adalah dengan memperkenalkan pelbagai program seperti i-Citra, i-Lestari, i-Sinar dan sebagainya. Akan tetapi, pihak Kerajaan juga bakal memperkenalkan sebuah akaun baru yang dikenali sebagai Akaun 3 KWSP. Berikut maklumat lanjut berkenaan akaun berkenaan.

Akaun 3 KWSP

Pada tahun lalu, pihak Kerajaan telah membayangkan pengenalan Akaun 3 KWSP atau dikenali juga sebagai Akaun Fleksibel KWSP. Melalui Akaun 3 ini, ia merupakan antara strategi menyeluruh bagi memperkasakan simpanan hari tua untuk semua ahli.

Menurut Timbalan Menteri Kewangan II, Steven Sim Chee Keong, langkah mewujudkan akaun itu merangkumi pengukuhan untuk Akaun 1, bukan hanya melibatkan akaun untuk kebenaran pengeluaran pada bila-bila masa.

“KWSP akan melihat bagaimana nak perkasakan lagi bagi mengelak simpanan asas tidak mencukupi untuk bersara pada hari tua. Jadi ini merupakan pakej menyeluruh, bukan hanya wujudkan Akaun 3 yang boleh dikeluarkan bila-bila masa. Ia juga merangkumi pemerkasaan Akaun 1 dan menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mencarum dalam KWSP,” katanya di Dewan Rakyat.

Tarikh Pelaksanaan

Berdasarkan kenyataan Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, KWSP dijangka akan mengumumkan inisiatif ‘Akaun Fleksibel’ atau Akaun 3 pada bulan April ini dan ia merangkumi mekanisme serta kelonggaran pengeluaran kepada pencarum. Penjelasan tentang akaun itu akan diberikan oleh pihak KWSP selepas pengumuman agihan pendapatan KWSP.

“Mereka (KWSP) juga akan menyatakan dan menerangkan cara-cara pengeluaran, mekanisme yang ada di mana pemecahan akaun tiga akan diterangkan,” katanya.

Dalam masa sama, kerajaan tidak melihat kepada sebarang pengeluaran secara bersasar kerana ia akan memburukkan lagi isu ketidakcukupan simpanan persaraan. Akan tetapi, akan ada kelonggaran dalam Akaun 3 itu nanti.

Sebelum ini, KWSP melaporkan simpanan ahlinya ketika ini berada pada tahap serius apabila 6.3 juta ahli berumur bawah 55 tahun atau 48 peratus mempunyai baki simpanan kurang daripada RM10,000 dalam akaun mereka setakat 30 September 2023 lepas.

Dengan simpanan kurang daripada RM10,000 itu, ahli dijangka hanya mempunyai pendapatan persaraan yang kurang daripada RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun. Implikasi pengeluaran tambahan daripada Akaun 1 juga telah memberikan kesan jangka panjang iaitu pengurangan jumlah simpanan persaraan yang ketara dalam kalangan ahli KWSP.

SERTAI  SALURAN TELEGRAM: https://t.me/jawatankerja

Di bawah Belanjawan 2024, pihak Kerajaan telah mengumumkan untuk meningkatkan had caruman padanan kerajaan di bawah program i-Saraan daripada RM300 kepada RM500 setahun, tertakluk kepada had maksimum RM5,000 seumur hidup bagi setiap individu yang layak.

Pihak Kerajaan juga meneruskan pelaksaan i-Lindung KWSP iaitu sebuah kemudahan layan diri i-Akaun (Ahli) KWSP yang boleh digunakan untuk membeli produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Dengannya, ahli boleh membeli produk insurans atau takaful daripada Syarikat Insurans & Pengendali Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP untuk diri sendiri dan ahli keluarga. Pada ketika ini, terdapat dua jenis perlindungan yang disediakan iaitu perlindungan hayat dan perlindungan penyakit kritikal.

Inisiatif ini diperkenalkan bagi memberi perlindungan sosial dan kestabilan kewangan kepada ahli KWSP yang memenuhi syarat kelayakan, jika berlaku perkara yang tidak diingini.

Mereka yang boleh dilindingi melalui perlindungan yang disediakan oleh i-Lindung ini adalah ahli KWSP (diri sendiri sebagai Orang Dilindungi Utama); pasangan (tanggungan) dan anak-anak (tanggungan) dengan definisi anak-anak adalah anak kandung, anak tiri dan anak angkat yang sah taraf.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…