akaun fleksibel

Pengeluaran Akaun Fleksibel KWSP boleh dibuat mulai hari ini: Cara lengkap buat permohonan

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai insiatif dan bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan. Antaranya adalah melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang telah memperkenalkan pelbagai program dan kemudahan.

Terbaru adalah apabila pihak Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Penstrukturan Semula Akaun KWSP bagi bagi memperkukuh jaminan pendapatan persaraan dan memenuhi keperluan kitaran hayat ahli. Melalui penstrukturan semula akaun ini, ahli akan mempunyai tiga jenis akaun iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel (atau Akaun 3).

Menariknya, ahli boleh membuat pengeluaran dari Akaun Fleksibel pada bila-bila masa sahaja. Berikut adalah maklumat lanjut berkenaan Akaun Fleksibel dan Penstrukturan Semula Akaun KWSP: –

Akaun Fleksibel KWSP

Penstrukturan Semula Akaun KWSP  dilaksanakan bagi meningkatkan keselamatan pendapatan selepas persaraan dan menangani keperluan jangka pendek ahli. Ini telah menimbulkan pelbagai reaksi dan pertanyaan daripada orang awam.

Dengan penstrukturan semula ini, Akaun 1 KWSP akan dikenali sebagai Akaun Persaraan dan ia hanya boleh dikeluarkan sebelum ahli mencapai usia 55 tahun. Akaun ini mengekal objektif utama Akaun 1 iaitu mengumpul dan meningkatkan simpanan persaraan ahli dalam jangka masa panjang bagi kehidupan yang selesa selepas persaraan.

Akaun 2 KWSP pula dinamakan sebagai Akaun Sejahtera dan simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan atas tujuan-tujuan tertentu seperti pendidikan, perumahan, insurans, kesihatan, haji dan pengeluaran usia 50 tahun.

Manakala, akaun baru yang diperkenalkan adalah Akaun Fleksibel yang membenarkan pada ahli KWSP mengeluarkan simpanan dalam akaun ini pada bila-bila masa dengan syarat-syarat tertentu. Akaun baru ini diperkenalkan untuk memenuhi keperluan kewangan jangka pendek ahli. Akan tetapi, ahli sangat digalakkan untuk membuat pengeluaran dari akaun ini pada waktu kecemasan dan untuk keperluan mendesak sahaja.

Pemindahan Akaun Fleksibel

Untuk makluman, pelaksanaan penstrukturan semula akaun KWSP bermula pada 11 Mei 2024. Selepas tarikh itu, Caruman baru yang diterima ahli akan diagihkan mengikut nisbah 75% untuk Akaun Persaraaan, 15% untuk Akaun Sejahtera dan 10% untuk Akaun Fleksibel. Ini adalah contoh agihan caruman ke Akaun KWSP:

 

Dalam masa sama, pihak KWSP turut membuka permohonan pemindahan akaun permulaan bagi Akaun Fleksibel dari 12 Mei 2024 hingga 31 Ogos 2024. Jumlah permulaan dalam Akaun Fleksibel itu adalahh tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli, sama ada kurang daripada atau melebihi RM3,000 pada tarikh permohonan diproses.

  • Jika baki dalam Akaun Sejahtera RM3,000 dan ke atas, pemindahan akan dibuat seperti berikut:
    • Sepuluh per tiga puluh (10/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Fleksibel;
    • Lima per tiga puluh (5/30) daripada baki dalam Akaun Sejahtera akan dipindahkan ke Akaun Persaraan;
    • Lima belas per tiga puluh (15/30) akan dikekalkan dalam Akaun Sejahtera.
  • Jika baki dalam Akaun Sejahtera kurang dari RM3,000, pemindahan akan dibuat seperti di bawah:
    • Akaun Sejahtera yang mempunyai baki RM1,000 dan ke bawah, semua amaun dipindahkan ke Akaun Fleksibel;
    • Akaun Sejahtera yang mempunyai baki melebihi RM1,000 dan tidak melebihi RM3,000, amaun yang dipindahkan ke Akaun
    • Fleksibel adalah RM1,000, manakala baki selebihnya adalah kekal dalam Akaun Sejahtera.

 

Pemindahan amaun itu boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  • Log masuk ke aplikasi KWSP i-Akaun;
  • Pilih ‘Ketahui Lanjut’ bagi Akaun Fleksibel;
  • Pilih ‘Seterusnya’ untuk mengetahui butiran mengenai Inisiatif Penstrukturan Akaun KWSP;
  • Pilih ‘Pindah Sekarang’;
  • Baca Peringatan Penting & pilih ‘Teruskan’ jika berminat;
  • Pilih ‘Teruskan’ (Anda boleh menyemak baki simpanan sebelum dan selepas pindahan);
  • Pilih ‘Terima’ jika bersetuju dengan Perakuan Ahli;
  • Pilih ‘Ya’ untuk teruskan atau ‘Tidak’ untuk membatalkan permohonan;
  • Permohonan anda berjaya dihantar! (pilihan pindahan amaun permulaan akan diluluskan dalam tempoh 3 – 5 hari bekerja).

 

Diingatkan bahawa permohonan pilihan pindahan amaun permulaan tidak boleh dibatalkan. Oleh itu, ahli dinasihatkan untuk membuat keputusan yang tepat sebelum mengemukakan permohonan.

JOM MASUK TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Pengeluaran pula boleh dibuat pada bila-bila masa dengan had amaun pengeluaran minimum RM50. Pengeluaran juga boleh dibuat secara atas talian (online) di i-Akaun KWSP. Untuk yang tidak mempunyai i-Akaun KWSP, permohonan juga boleh dibuat secara hassle-free tanpa menggunakan borang di pejabat KWSP berhampiran.​

Untuk maklumat lengkap dan teliti berkenaan Penstrukturan Semula Akaun KWSP ini, boleh rujuk DI SINI, manakala tatacara lengkap pengeluaran dan pemindahan DI SINI.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sumbangan tunai RM650 telah dimasukkan ke akaun: Semak sama ada layak atau tidak

Sebagai usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Jawatan kosong besar-besaran di KEJORA untuk kelayakan PMR - Ijazah: Gaji sehingga RM9,643

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) kini sedang membuka pengambilan banyak jawatan kosong bagi…
E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

E-Dompet RM300 setiap bulan secara automatik: Syarat-syarat & cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat…