Boleh buat pengeluaran dari akaun KWSP: Ini senarai mereka yang layak & cara memohon i-Lindung

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan seperti melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Ini kerana, baru-baru ini KWSP telah memperkenalkan sebuah skim yang dikenali sebagai i-Lindung yang terbuka kepada para ahlinya yang menepati syarat-syarat berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pengguna i-Akaun (ahli);
  • Mempunyai baki simpanan di akaun KWSP.

i-Lindung KWSP

i-Lindung pada asasnya merupakan sebuah platform layan diri dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA). Melalui PPA ini, ahli dibenarkan untuk membeli produk insurans / takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.

Ia diperkenalkan bagi ahli mendapatkan perlindungan serta membantu ahli berdepan dengan tempoh sukar atau kejadian yang tidak diingini pada masa hadapan. Jenis perlindungan yang ditawarkan adalah:

  • Perlindungan hayat;
  • Perlindungan penyakit kritikal.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Ciri-ciri Utama i-Lindung KWSP

  • Proses yang lancar;
  • Sebut harga serta-merta;
  • Pusat maklumat;
  • Paparan keseluruhan;
  • Bila-bila masa dan di mana sahaja.

Cara Pembelian

Bagi yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, pembelian i-Lindung boleh dibuat secara atas talian (online) melalui sistem i-Akaun (Ahli) KWSP. Berikut adalah tatacaranya:

  • Log masuk ke i-Akaun (Ahli);
  • Klik pada tab i-Lindung;
  • Pilih produk yang ditawarkan oleh Syarikat Insurans & Takaful (SIT);
  • Lengkapkan maklumat di portal SIT;
  • Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP;
  • Penerimaan penyata maklumat dari SIT.

 

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan i-Lindung, ia boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Jawatan Kosong FELDA Ambilan Jun 2025: Syarat-Syarat & Cara Memohon

Pada ketika ini, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang…
Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Bantuan Bil Air Percuma Untuk B40 dan M40: Permohonan Masih Dibuka

Air bersih merupakan elemen asas yang sangat penting dalam kehidupan harian manusia. Tanpa air yang selamat dan bersih, segala aspek…
Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Senarai Penuh Penerima Bantuan RM200 'One-Off' Bulan Jun 2025

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, yang lazimnya berpendapatan bulanan kurang daripada RM4,850. Dalam…