KWSP kini benarkan pengeluaran dari simpanan ahli dengan melancarkan platform i-Lindung

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Antara yang kita semua perlu tahu adalah apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

i-Lindung ini pada asasnya merupakan sebuah platform layan diri di dalam i-Akaun (Ahli) yang digunakan untuk tujuan pembelian produk perlindungan di bawah Pelan Perlindungan Ahli (PPA).

Melaluinya, ahli dibenarkan membeli produk insurans / takaful daripada Syarikat Insurans & Takaful (SIT) yang diluluskan oleh KWSP.

Syarat-syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia;
  • Pengguna i-Akaun (Ahli);
  • Mempunyai baki simpanan di Akaun KWSP.

 

SERTAI TELEGRAM: https://t.me/berikerja2021

Cara Memohon i-Lindung

Jenis perlindungan di bawah platform ini merangkumi perlindungan hayat dan perlindungan penyakit kritikal.

Tatacara membuat pembelian melalui i-Lindung boleh dibuat dengan tatacara berikut:

  1. Log masuk ke i-Akaun (Ahli);
  2. Klik pada tab i-Lindung;
  3. Pilih produk yang ditawarkan oleh SIT;
  4. Lengkapkan maklumat di portal SIT;
  5. Kebenaran untuk potongan dari Akaun KWSP;
  6. Penerimaan penyata maklumat dari SIT.

 

Perlindungan yang dibeli akan bermula pada hari polisi/sijil yang telah dikeluarkan oleh SIT. Polisi/sijil itu akan dihantar melalui e-mel oleh SIT dan juga boleh didapati dalam Pelan Perlindungan Saya di bawah i-Lindung.

Setelah permohonan diluluskan, pembayaran kepada SIT tidak akan dilakukan serta-merta dan mungkin mengambil masa beberapa hari.

Akan tetapi, status polisi/sijil akan kekal aktif kecuali jika pembayaran ditolak.

Maklumat lengkap berkenaan i-Lindung boleh dirujuk di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Permohonan IBAKIPT RM300 dibuka sehingga Oktober 2024: Berikut cara memohon

Permohonan IBAKIPT RM300 dibuka sehingga Oktober 2024: Berikut cara memohon

Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan…
Jawatan Kosong Akademi Kenegaraan Malaysia: Kelayakan SPM - Ijazah, Gaji sehingga RM9,549

Jawatan Kosong Akademi Kenegaraan Malaysia: Kelayakan SPM - Ijazah, Gaji sehingga RM9,549

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Akademi Kenegaraan Malaysia kini sedang membuka pengambilan pelbagai jawatan kosong bagi melancarkan lagi…
Jawatan Kosong Yayasan Canselor UKM, September 2024: Gaji permulaan RM6,668.00

Jawatan Kosong Yayasan Canselor UKM, September 2024: Gaji permulaan RM6,668.00

Berita baik kepada yang sedang mencari pekerjaan, Yayasan Canselor UKM kini sedang membuka pengambilan jawatan kosong bagi melancarkan lagi perjalanan…