Pengeluaran Khas KWSP RM10,000: Ahli perlu gantikan semula amaun dengan jumlah RM12,000

Seperti mana yang semua telah sedia maklum, pihak kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Permohonan pengeluaran khas ini juga telah pun dibuka bermula 1 April 2022 lalu dengan permohonan boleh dibuat secara atas talian (online) melalui portal Pengeluaran Khas KWSP – DI SINI.

Syarat-syarat Kelayakan

Pengeluaran khas ini hanya terbuka kepada ahli-ahli KWSP yang berumur di bawah 55 tahun dan termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap.

Dalam masa sama, kelulusan pengeluaran hanya akan dibenarkan kepada ahli-ahli yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam Akaun KWSP pada tarikh permohonan.

Berikut adalah amaun yang disyaratkan:

  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah sehingga maksimum RM10,000;
  • Amaun pengeluaran minimum adalah RM50;
  • Meninggalkan baki sekurang-kurangnya RM100 dalam Akaun 1.
  • Amaun kelayakan pengeluaran adalah berdasarkan jumlah simpanan ahli pada tarikh permohonan diproses.

Penggantian semula amaun pengeluaran

Untuk makluman setiap ahli yang melakukan pengeluaran simpanan ini – ahli sebenarnya perlu menggantikan semula semua amaun yang dikeluarkan di bawah Pengeluaran Khas dengan tambahan 20%.

Ilustrasinya adalah seperti berikut:

  • Amaun Pengeluaran Khas: RM10,000
  • 20% daripada amaun pengeluaran: 20% x RM10,000 = RM2,000
  • Amaun penggantian semula: RM10,000 + RM2,000 = RM12,000

 

Melalui kaedah ini, caruman baru yang diterima akan dikreditkan 100% ke dalam Akaun 1 termasuklah tambahan 20% lagi daripada amaun yang telah dikeluarkan.

Setelah penggantian semula itu selesai, barulah caruman ahli akan kembali seperti biasa iaitu 70% ke dalam Akaun 1 dan 30% ke dalam Akaun 2.

Maksudnya di sini, ahli bukanlah perlu membayar balik pengeluaran, sebaliknya kaedah nisbah caruman selepas itu akan berlainan sehingga penggantian amaun selesai.

Untuk maklumat lengkap dan terperinci berkenaan pengeluaran khas ini, sila rujuk – DI SINI.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pelbagai Jawatan Kosong KTMB Sesi Mei 2025: Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang…
Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Senarai Terkini Barangan Yang Boleh Dibeli Dengan SARA/MyKasih

Golongan B40 merujuk kepada 40 peratus isi rumah berpendapatan terendah di Malaysia, iaitu mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah bulanan…
Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Jawatan Kosong Jabatan Imigresen Malaysia Mei 2025: Kelayakan Minima SPM

Pada ketika ini, Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak kini sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka.…