Pengeluaran Khas KWSP RM10,000: Tarikh permohonan dibuka & tarikh mula pembayaran

Seperti mana ramai sedia maklum, pihak kerajaan telah bersetuju untuk membenarkan Pengeluaran Khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM10,000.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media khas pada 16 Mac yang berkata keputusan berkenaan diambil berdasarkan dapatan kajian dan penelitian secara menyeluruh dalam fasa pemulihan selepas pandemik ini.

Dalam masa sama, pihak kerajaan juga mendengar, mengkaji dan meneliti permintaan daripada semua pihak untuk mengeluarkan caruman KWSP.

Akan tetapi, Ismail tidak menafikan perkara itu merupakan keputusan sukar kerajaan kerana ia melibatkan simpanan hari tua rakyat dan pengeluaran khas ini adalah jalan tengah dalam mengimbangi antara keperluan mendesak hari ini dan simpanan masa hadapan.

Perdana Menteri turut merayu kepada semua pencarum supaya mengekalkan simpanan mereka kecuali jika berhadapan dengan keadaan yang benar-benar mendesak.

Tarikh Permohonan dan Pembayaran

Berdasarkan kenyataan rasmi dari pihak KWSP, pengeluaran khas ini terbuka kepada semua pencarum yang berumur 55 tahun ke bawah. Amaun pengeluaran yang dibenarkan pula adalah dari minimum RM50 sehingga maksimum RM10,000.

Pengeluaran itu akan tertakluk kepada baki simpanan Akaun 2. Jika tidak mencukupi, maka simpanan di Akaun 1 akan diakses.

Permohonan pengeluaran ini akan dilaksanakan secara atas talian (online) bermula pada 1 April hingga 30 April 2022. Manakala, pembayaran akan mula disalurkan bermula pada 20 April 2022.

Untuk maklumat terkini berkenaan pengelauran khas ini, ia boleh dirujuk di portal dan sosial media rasmi KWSP.

 

ARTIKEL BERKAITAN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Tarikh dan Jumlah Bayaran STR Fasa 1: Dibayar Terus ke Akaun atau Pengambilan Tunai di BSN

Golongan B40 dan M40 sering menjadi perhatian dalam pelbagai perbincangan mengenai ekonomi, kebajikan, dan dasar kerajaan di Malaysia. Secara asasnya,…
Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Jawatan Kosong Jabatan Pendaftaran Negara (JPN): Syarat Kelayakan SPM hingga Ijazah

Pada ketika ini, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedang mencari calon yang berkualiti untuk mengisi jawatan kosong yang sedang dibuka. Pengambilan…
Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Dividen ASB Telah Dikreditkan: Ini Cara Membuat Pengeluaran ASB Secara Online

Amanah Saham Bumiputera (ASB) merupakan salah satu produk pelaburan yang diperkenalkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dengan matlamat untuk membantu…